Bab 3 : JABBAR MUQRISH | Dian Aleesya



JABBAR lebih banyak diam dari mengajukan soalan. Kertas yang mengandungi nama-nama calon yang ditemuduga juga lebih banyak diconteng dari memberi ulasan. Cuma nama Wan Aisya saja yang diberikan ulasan sepenuhnya.
“Jab... no question?” tanya Noah.
No.” Pendek saja jawapan Jabbar itu yang membuatkan wajah Noah menjadi ketat.
She’s our last candidate, Jab.” Kali ini, Hud pula yang bersuara.
I think she’s good,” puji Jabbar sekadar berbahasa.
Hud dan Noah melirik ke arah kertas yang ditulis oleh Jabbar itu. Untuk calon yang terakhir, ulasan yang ditulis cuma ‘good’.
Kepala Noah tergeleng perlahan. Geram sungguh dengan sikap Jabbar kali ini.
Seperti calon-calon yang lain, ucapan terakhir yang diberikan adalah untuk memberi maklum balas dalam masa terdekat ini kerana sememangnya mereka benar-benar memerlukan  PA dalam kadar segera.
Jabbar sudah mula berdiri bila calon terakhir meninggalkan bilik temuduga. Matanya sempat melirik wajah Noah yang kelat itu. Dia sedar, dia tidak memberi kerjasama yang sebaiknya pada Noah dan Hud tetapi dia sendiri sudah ada pilihan. Untuk apa dia beria-ia mengutarakan soalan jika pilihannya adalah Wan Aisya?
“Kau nak pergi mana?” Noah bersuara.
“Balik bilik akulah. Aku rimas duduk kat dalam ni. Seharian pandang benda yang sama je.”
“Kita perlu berbincang siapa yang layak untuk jawatan ni.”
“Bincang kat dalam bilik aku jelah. Aku betul-betul nak baring sekarang ni. Dahlah semalam aku tidur lewat sebab siapkan pelan. Kalau sempat nanti, aku nak jumpa Simon lagi. Damn! I’m so tired.”
Jabbar meraup wajahnya. Penat bukan sekadar alasan. Tetapi dia benar-benar hendak merehatkan minda dan tenaganya.
Fine.” Noah akur. Kerana dia sendiri tahu, Jabbar mempunyai banyak klien. Hasil kerja lelaki itu seringkali mendapat pujian dari klien-klien mereka.
Tiba di bilik kerja Jabbar, Noah dan Hud sudah pun mengambil tempat duduk. Manakala Jabbar pula masih berdiri. Sebelah tangan bercekak pinggang dan sebelah tangan lagi naik mengusap dagu. Dia sedang berfikir ketika itu dan berharap agar keputusan yang bakal diucapnya, diterima tanpa bantahan.
I want her. I want Wan Aisya to be my PA,” putus Jabbar seraya membuka kotnya lalu dilayangkan ke sofa kulit. Dia rimas berpakaian sebegitu.
“Jab... aku rasa itu bukan keputusan yang terbaik.” Noah kurang setuju dengan keputusan Jabbar itu. Memang sudah dijangka, pilihan Jabbar pasti Wan Aisya.
“Kita memerlukan dua orang PA. Satu untuk aku dan satu untuk Hud. Dan aku berhak memilih siapa yang aku nak.” Jabbar masih dengan keputusannya.
“Tapi kelulusan dia tak bersesuaian dengan jawatan ni. Dah tu, takde pengalaman pula,” celah Hud setelah lama mendiamkan diri.
“Hud... dia akan kerja dengan aku. Bukan dengan kau atau Noah!” tegas Jabbar bersuara.
“Kenapa dia?” tanya Noah tiba-tiba.
Simple... sebab aku rasa dia mampu dan layak untuk menjadi PA aku.”
Tergeleng-geleng kepala Noah dengan jawapan Jabbar itu. “Kau ada motif nakkan dia kan Jab? Dari mula lagi sebenarnya...”
I just want to help her. That’s it! She wants a job. I give her a job.”
“Semua yang kita temuduga ni nakkan kerja, Jab.”
Jabbar mendengus. Rambut dikuak ke belakang. “Kali ni, aku tak berhak nak bersuara ke? Aku ada hak untuk memilih siapa yang aku nak, Noah!”
Hud melirik sekilas pada Noah. Dia tidak berani hendak bersuara bila Jabbar mengungkit tentang siapa yang berhak untuk bersuara.
“Suka hati kaulah! Aku cuma tak nak masalah timbul di kemudian hari. Antara kau dengan dia… kau faham maksud aku kan?”
Masalah antara dia dengan Aisya? Nampaknya, dia tidak dapat menjanjikan apa-apa tentang perkara itu.
Damn, Noah! I just want to help her. That’s it. Because I know... she desperately needs this job.”
Akhirnya Jabbar menghenyakkan tubuhnya ke sofa. Badan tersandar lemah. Manakala mata pula dipejamkan.
“Apa masalah si Aisya ni sebenarnya sampai kau pula yang sibuk nak tolong dia?”
Pertanyaan Noah itu menyebabkan Jabbar mencelikkan matanya semula. “Hanya aku yang tahu apa masalah dia.”
Noah memandang Hud. Hud turut memandang Noah. Jawapan Jabbar itu kedengaran pelik.
“Sejak bila kau jadi pelik ni, Jab?”
“Pelik? Hanya sebab aku nak tolong dia, kau kata aku pelik?”
This is not you.”
I know…” Jabbar tergelak kecil. Dia juga sedar, ini bukan dirinya.
“Tapi aku masih ingat lagi betapa kecewanya dia bila tengok suami curang depan mata. Her reaction… her tears… I saw everything. And I know, she really needs this job to survive. For her and for her son.”
Noah dan Hud terdiam seketika. Tidak menyangka, Jabbar menerima Aisya hanya kerana bersimpati dengan apa yang menimpa wanita itu.
“Kau pilih dia bukan sebab kau suka dia?” soal Noah untuk memastikan lagi.
Besar tawa Jabbar berkumandang. “She’s married, Noah. Aku masih waras lagi.”
“Manalah tahu tiba-tiba jadi tak waras,” sampuk Hud pula. Turut sama ketawa.
Ha... yang tu aku tak berani nak jamin.” Dilayankan juga gurauan temannya itu. Ketegangan di antara mereka tadi juga sudah berkurangan.
“Tapi aku percaya, Aisya akan bekerja bersungguh-sungguh demi anak dia,” sambung Jabbar lagi. Cuba menyakinkan Noah dan Hud yang pilihannya itu adalah tepat.
Sure tak nak pilih orang lain?”
Jabbar menggeleng dengan penuh yakin.
Okay, then. Wan Aisya is yours.”
Yes!” Bukan main lagi Jabbar bersorak. Entah kenapa, dia rasa gembira dengan keputusan Noah itu.
Tergeleng-geleng kepala Noah melihat reaksi Jabbar itu.
“Hud, kawan kau ni dah lain sangat ni…” sindir Noah.
“Entahlah Noah, macam bukan Jabbar Muqrish je aku tengok.”
Semakin galak Jabbar ketawa. Langsung tidak terasa dengan sindiran teman-temannya itu.
“Dah habis discuss, kan? Apa lagi? Silalah keluar. Aku nak berehat. Noah, suruh PA kau kejutkan aku pukul empat ni.”
“PA aku juga yang kau kacau.”
Sebab tu aku nak Wan Aisya secepat mungkin. Aku rasa minggu depan dah cun dah...”
Sekali lagi kepala Noah tergeleng-geleng. Dia menepuk bahu Hud setelah bangun dari duduk. “Jom, blah! Aku dah tak larat nak layan perangai kawan kau yang sorang ni.”
Bibir Jabbar meniti senyuman lebar. “Whatever you say, dude.”
Matanya hanya mengiringi pemergian Noah dan Hud. Kaki naik berlunjur di atas sofa kulit itu. Manakala kepalanya pula berbantalkan sebelah lengannya.

Tidak sabar rasanya hendak menunggu minggu hadapan tiba.
Share on Google Plus

About Unknown

Bermutu : Efisyen : Sistematik : Q(K)ualiti
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. salam..buku dah kehabisan stok ke...dah x restok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. buku ni sekali print je sis sempena pesta buku 1 Malaysia hari tu

      Delete