Bab 3 : HINGGA DIA | Orked Putih

TIBA hari yang dinantikan. Nia anggun berkebaya putih labuh berlabuci merah jambu dan biru. Manakala Adam memakai baju Melayu putih bersampin rona yang sama seperti Nia.  Adam yang sasa kelihatan lebih sasa di sebelah Nia yang kecil ramping. Majlis yang sederhana itu meriah dengan kedatangan orang kampung dan juga saudara mara.
                  Pujian diterima bersahut-sahutan apabila mata terpandang kedua-dua mempelai. Nia nyata anggun walau dengan mekap yang sederhana. Teman-teman Nia begitu ramai yang datang dan memeriahkan majlis. Mereka tidak henti-henti mengambil peluang bergambar bersama pengantin.  Adam hanya mengikuti rentak majlis. Diajak bergambar dia bergambar namun hanya melontar senyum yang tawar. Nia seolah perasan rentak Adam kerana sepanjang majlis Adam tidak sedikitpun memandang ke arahnya. Hanya dia yang mencuri-curi jeling ke arah lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.
                  Malah selepas waktu nikah sebentar tadi, Adam sekadar memandang seketika wajahnya dan seperti keberatan ketika dinta membuat beberapa aksi bagi dirakamkan oleh jurufoto. 
                  Perbuatan Adam itu mencalar hatinya tapi segera dipujuk agar tidak terbawa-bawa dengan perasaan sedih.
Nia seolah sudah dapat terbau ada sesuatu yang tidak kena dengan Adam tapi segera dipadam pendapat negatifnya itu.
                  Selesai majlis di Kampung Paya Jaras, Nia dan Adam berada di kampung sementara menunggu majlis di pihak lelaki pula yang dijadualkan pada minggu berikutnya. Sepanjang tempoh itu, hati Nia sentiasa berdebar-debar. Maklumlah pengantin baru maka sudah tentu saat-saat awal perkahwinan merupakan saat-saat romantis bagi setiap pasangan. Habis segala kepakaran yang ada dipraktikkan de menjamu sua yang baru dinikahinya itu. Tersenyum panjang atuk, Mak Su dan A melihat telatah Nia yang kelihatan masih kekok meladeni Adam.
                  Atuk dan Mak Su mengingatkan Nia agar membawa Adam melawat saudara-mara. Memang tradisi bagi setiap pasangan yang baru berkahwin untuk menziarahi  saudara-mara terutamanya mereka yang lebih tua.
                  Nia lantas mengajak Adam dan Adam pula hanya menurut. Sepanjang perjalanan Nia saja yang sibuk bersuara dan bertanya itu dan ini. Adam pula sepatah ditanya sepatah juga yang dijawab. Acuh tidak acuh pula sehingga membuatkan Nia terasa hati. 
                  Di rumah Mak Ngah Leha, mereka dijamu dengan masakan kampong; gulai ikan masin dan sambal pucuk paku.            
“Yaya, kamu lepas ni kena belajar masakan yang Adam suka tahu? Tengok Adam tak laju makan makanan kampung. Nanti kamu besar setong, Adam kurus kering. Kamu kena belajar masak makanan barat. Apa tu yang selalu dalam tv tu? Chopstick? Chopstick? Daging berkuah tu… chopstick kan?”
                  Bergema kekekan ketawa semua yang ada di dapur termasuk Adam dan Nia bila mendengar kata-kata Mak Ngah Leha itu.
                   “Bukan chopstick lah, mak. Itu beef steak. Kalau orang makan chopstick jawabnya masuk ICU tau mak,” jawab anak Mak Ngah Leha menambahkan lagi geli hati mereka.
                  Nia menjeling Adam di sisi dan dilihatnya Adam juga turut tersenyum mendengar celoteh Mak Ngah Leha. Jauh di sudut hati dia bersyukur kerana disangkanya ada sesuatu yang tidak kena dengan Adam tetapi rupanya mungkin ada cara untuk menarik perhatian lelaki itu.
                  Sebelum pulang, pelbagai pesanan Mak Ngah Leha sisipkan untuk Nia. Ingatan agar dia menjaga nama baik sua dan menjaga rumahtangga.
                  “Adam, jaga elok-elok Yaya ni.  Walaupun dia hanya orang kampung, tapi kamu beruntung dapat dia. Baik hati, jujur, kalau menipu memang jauh sekalilah Yaya ni. Kamu yang dipilihnya antara ramai-ramai calon.” Mulut Mak Ngah terus berkata-kata.
                  “Eh, mana ada ramai calon pun Mak Ngah,” jawab Nia dengan nada tersipu malu.
                  “Abang Adam, Kak Yaya ni tak pandai menipu. Tapi kalau dia tipu senang je nak tahu sebab pipi dia jadi merah. Kan Kak Yaya, kan?” kata Fatin, anak bongsu Mak Ngah.
                  Usikan Fatin itu disambut deraian ketawa yang lain.
                  Hampir senja barulah mereka pulang ke rumah. Terus Nia mengambilkan tuala untuk Adam tetapi dia menjadi kekok untuk mengambil baju di dalam beg Adam kerana bimbang andai Adam tidak suka barangnya disentuh. Bila ditanya tentang bajunya pantas Adam menjawab biar dia ambil sendiri. 
                  Malam itu setelah selesai makan malam, Adam terus masuk ke bilik. Setelah habis membersihkan dapur, Nia juga meminta diri untuk ke dalam bilik. Setibanya di dalam bilik, Nia melihat Adam sudah tidur. Berdengkur pula tu. Nia memandang raut Adam yang lena sambil tersenyum.
                  Ya Allah, jadikanlah dia sua yang membahagiakan hidupku dan keluarga di dunia dan di akhirat. An, bisik hatinya.
                  Hati Nia teringin untuk menyentuh wajah Adam. Tetapi bimbang jika perbuatannya bisa mengejutkan tidur lelaki itu. Perasaan malu juga bertalu-talu memandangkan Adam juga tidak pernah cuba mendekatinya sejak hari pernikahan.
                  Pagi sebelum mereka bertolak ke Ipoh untuk majlis di pihak lelaki pula, Nia mengajak Adam berjalan-jalan keliling kampung. Mulanya Adam menolak tapi setelah Mak Su turut mengusulkan maka Adam dengan berat hati menurut kehendak isterinya itu. 
                  “Bila lagi nak pusing-pusing kampung ni Adam? Boleh juga kenal-kenal dengan kawan-kawan sekampung Yaya. Yaya ni ramai kawan, Adam.” Mak Su memberitahu sambil menjeling pada Nia.
                  Nia membawa Adam dan memperkenalkannya kepada Dilah. Tersipu-sipu Dilah bila Adam memandang matanya.
                  Handsomelah, Nia! Boleh jadi hero, ganti Aaron Aziz,” bisik Dilah sambil tertunduk-tunduk memegang lengan baju Nia di sebelahnya.
                  Aksi Dilah itu membuatkan Nia malu di depan sua sendiri.  Bulat anak matanya melihat Adam di hadapan sambil menahan malu.

Dia sesungguhnya tidak mengharapkan wajah yang tampan. Cukup sedap mata memandang. Namun apa yang paling penting adalah hatinya tenang dan bahagia. Itu yang dia inginkan dari Adam.
Share on Google Plus

About Unknown

Bermutu : Efisyen : Sistematik : Q(K)ualiti
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Harrah's Ak-Chin Casino & Hotel, Phoenix - MJH Hub
    Harrah's Ak-Chin Casino & Hotel. 3131 포천 출장안마 S Phoenix Dr. 부천 출장마사지 Phoenix, 부산광역 출장안마 AZ 85139. Phone: (520) 사천 출장마사지 725-7000. (480) 725-7000. Call Now · More Info. Hours, 삼척 출장마사지 Accepts Credit Cards, Wi-Fi, PokéStop

    ReplyDelete