PAGI Selasa
itu benar-benar menguji kesabaran Najla. Kereta Viva kesayangannya entah kenapa
tidak dapat dihidupkan enjinnya.
“Hish!
Dah lah lambat... buat hal pulak si kecik ni,” bebel Najla tak henti-henti.
Malah berkali-kali juga tangan halusnya menghentak stereng kereta. Geram
apabila si kecik membuat perangai.
Setelah
berpuluh-puluh minit dia membuang masa di situ, dia segera mencapai tas tangan
yang diletak di tempat duduk sebelahnya dan terus melangkah keluar. Langkahnya
dipercepat. Harap-harap komuter tak terlepas. Itu pilihan yang dia ada. Kalau
nak menaiki teksi pun, entah-entah dia akan tiba ke sekolah, tempatnya mengajar
lagi sejam. Tak pasal-pasal buruk rekodnya nanti. Kalau setakat sepuluh minit
atau dua puluh minit, rasanya pengetua tak lokek sangat.
Mujur
juga stesen komuter berada di jauh dari rumahnya. Hanya sekitar lima belas
minit berjalan kaki. Namun berpeluh juga dirinya. Berjalan dalam keadaan kalut,
membuatkan bukan sahaja tubuhnya berpeluh malah jantungnya berdegup mengalahkan
berlari merentas desa.
Najla
sekali lagi menarik nafas lega apabila dia tidak terlepas komuter pada pagi
itu. Sudah beberapa bulan dia tidak menaiki kenderaan awam itu. Sudah
ingat-ingat lupa jadual komuter di situ.
Sebaik
sahaja menapak masuk ke dalam komuter, dia sudah nampak ada satu tempat kosong
yang hampir dengan kedudukannya. Mujur juga tidak ramai yang memenuhi kenderaan
tersebut. Cepat-cepat dia menghampiri.
Dia
sempat memandang penumpang di hadapan tempat duduknya. Ada empat orang budak
sekolah. Sekitar umur 15 hingga 17 tahun lagaknya yang asyik tersenyum-senyum
memandang ke arah tempatnya duduk.
Dia
mula hairan. Tas tangan di ribanya dikemaskan agar tidak melorot ke bawah. Baju
kurung kain kapas yang dipakainya ditarik agar terletak elok dan sekali lagi
dia memandang gelagat anak-anak muda itu.
Dia
mula menarik nafas lega apabila mula menyedari bukan dirinya yang menjadi perhatian.
Rupa-rupanya mereka itu sibuk duk sok sek-sok sek pasal penumpang di sebelah
kanannya.
Najla
sedar bahawa di situ ada penumpang lelaki. Namun dia tidak jelas wajah itu. Dia
mula memberanikan diri untuk memandang. Apalah sangat yang anak-anak muda itu
seronok sangat.
Hampa!
Lelaki itu hanya menunduk. Sibuk dengan gajet di tangan. Sempat juga mata Najla
melirik pakaian yang dikenakan lelaki itu. Kemas! Wangi! Bersih!
Matanya
jatuh pula ke bahagian jari-jemari lelaki itu yang sedang menaip sesuatu pada gajetnya.
Dan matanya terus membuntang.
“Pandainya
awak guna bahasa Thai...” Mulutnya tanpa sedar memuji. Menyedari itu, Najla
segera menutup mulutnya dengan telapak tangannya. Namun perlahan-lahan tangan
itu dijatuhkan ke riba apabila wajah yang menunduk sebentar tadi berpaling
memandangnya.
“Sorry...” pintanya dengan rasa bersalah.
Perlahan.
Tidak
lama kemudian, lelaki itu tersenyum.
“It’s okay.”
Najla
mengangguk. Tidak lagi bersuara walaupun dia sangat teruja melihat lelaki itu
mahir berkomunikasi menggunakan bahasa Thai di gajetnya. Namun sesekali Najla
sibuk juga mengerling pergerakan jemari lelaki itu. Teruja melihat si dia mahir
menaip satu-persatu tulisan Thai tanpa perlu berfikir lama.
“Pelik
ke?” Tiba-tiba lelaki itu menyoal. Wajah itu masih menunduk. Najla tidak pasti
dengan siapa lelaki itu berbicara.
“Pelik
ke saya tahu berbahasa Thai?” Kali ini wajah itu berpaling memandangnya. Bibir
kemerahan lelaki itu mengukir senyum kepadanya. Dia terpana. Ya Allah!
Tampannya. Patutlah anak-anak muda depan sana asyik tersengih-sengih. Rupanya
sedang melihat ‘model’ tampan di sini.
“You are not answering my question but you
keep staring at me like that. It makes me nervous.” Lelaki itu tertawa
halus. Sangat manis pada pandangan Najla. Dia rasa lain. Tiba-tiba mulutnya
berat untuk membalas.
“Saya
rasa saya dah buat sesuatu sampai awak terdiam macam ni. Maafkan saya.” Lelaki
itu terus kembali mengadap gajetnya.
“Er...
bukan! Tak! Saya cuma... tak pasti awak bercakap dengan siapa tadi.” Kalut
Najla membalas. Risau juga andai dirinya dilabel kuat mengelamun pula.
Sekali
lagi lelaki itu memandangnya. Bibir itu tidak lokek dengan senyuman.
“Ini
kali pertama ada yang berani menegur saya di dalam komuter ni.”
“Serius?”
Lelaki
itu mengangguk.
“Awak
selalu naik komuter ke?” Najla menyoal. Namun tidak lama, dia sudah rasa
menyesal apabila menyoal begitu. Rasa macam sudah menyibuk hal orang pula.
“Setiap
hari.” Lelaki itu membalas ringkas.
Najla
dapat melihat yang gajet di tangan lelaki itu sudah disisip masuk ke dalam kocek
baju kemeja lengan panjang berwarna biru yang dipakai.
“Tapi
saya tak pernah perasankan awak.”
“Oh!
Saya jarang naik komuter. Selalu saya drive
je...”
Lelaki
itu mengangguk.
“Hari
ni kenapa tiba-tiba?” Mesra soalan itu terbit dari mulut lelaki yang tidak
diketahui nama olehnya itu.
“Si
kecik saya rosak...” Najla mengeluh apabila mengingatkan hal itu.
“Si
kecik? Maksud awak... kereta?”
Najla
mengangguk sambil tersenyum. Dia baru tersedar yang dia menyebut gelaran kereta
kesayangannya itu kepada lelaki di sebelahnya.
Lelaki
itu mengangguk dan kemudiannya sekali lagi menyoal. “Turun mana nanti?”
“Petaling.”
“Oh.
Tak jauh dah ni...”
Najla
pula mengangguk. “Awak turun mana? Nak ke pejabat ke?”
“Yup! KL Sentral.”
Sekali
lagi Najla mengangguk. Dia tidak mahu menyoal lebih. Nanti dikata penyibuk
pula. Sudahlah baru kenal.
Tidak
sampai sepuluh minit, hentian Petaling sudah sampai. Apabila Najla ingin
bersiap bangun dari situ dan ingin beredar, lelaki di sebelahnya pantas
menyoal. “Nama awak?”
“Najla.”
Dan dia terus pergi dari situ meninggalkan sebaris namanya kepada si dia yang
menyoal.
SESAMPAINYA di
pejabat, Cadeo langsung tidak mampu fokus. Dia hanya duduk termenung di atas
kerusi kulit itu. Fikirannya melayang kepada pertemuan tanpa diduga sebentar
tadi.
“Najla.”
Nama itu meniti sekali lagi di bibirnya.
Mengingati
wajah ayu wanita itu membuatkan dirinya di awangan. Pelik! Gadis Melayu yang
wajahnya biasa-biasa kalau hendak dibandingkan dengan wajah supermodel milik
Som Sui, Adlene atau Miriam. Namun yang biasa-biasa itu yang mampu melekat
kukuh di ruang matanya.
Ayu
Najla, mengusik hatinya.
Manisnya
Najla, mengujakan dirinya.
Tersipu-sipu
Najla, sangat indah di matanya.
“Harap
sangat kereta dia tak baik-baik. Boleh jumpa hari-hari.” Cadeo sudah
menyeringai dengan doa yang dialunnya. Rasa keanak-anakan pula apabila meminta
begitu. Macam tidak kena pula dengan imej dan kerjayanya.
Cadeo
Sittichai. Berumur 32 tahun dan berasal dari Pulau Pinang. Kalau dilihat pada
namanya, sudah tentu ramai yang dapat mengagak yang pemuda itu bukanlah dari
kaum Melayu. Dia hasil campuran dari Siam di sebelah ayahnya dan Inggeris dari
sebelah ibunya. Bab rupa paras usah dipertikai lagi. Cadeo memang seorang yang
tampan. Malah dia seorang yang bekerjaya hebat.
Di
usia 32 tahun itu, dia boleh berbangga dengan kejayaan yang dia kecapi.
Walaupun legasi itu berasal dari hasil titik peluh ayahnya, namun tanpa
sentuhan dan idea orang muda sepertinya, susah nak berdiri megah bersama-sama
dengan pesaing yang lain. Rezekinya bukan hanya boleh berbekalkan dengan wajah
tampan sahaja, harus akal perlu bijak membuat keputusan juga.
“Mr
Derik di talian, Mr Cadeo.” Suara Alice kedengaran di interkom.
Cadeo
cepat-cepat berdehem sebelum bersuara. “Okey. Sambungkan.”
pendek je.....tak puas la
ReplyDeletenanti kami up lagi ya ;) terima kasih sudi baca
ReplyDeletetxs cerita yang menarik dalam tak terjumpa dalam tak sengaja.. hehe
ReplyDeletebest n menarik..
ReplyDeleteterima kasih Rozita. kadang-kadang apa yang berlaku depan mata sesuatu yang pernah terlintas di hati kita dahulu. itu namanya doa tanpa kita sedari :)
ReplyDeleteterima kasih abby sha sudi baca :)
ReplyDeleteBest..,, smbglah lagi pls..!!
ReplyDeleteinshaaAllah nanti kami up lagi ya sis :) tq sudi baca
ReplyDeleteBaru baca dh tergoda ...
ReplyDeletetq kak :)
ReplyDeletenk lagi!!!
ReplyDeleteBest novel ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete