Bab 1
ENAM bulan yang penuh duka. Enam bulan yang detiknya bagaikan enam
tahun. Setiap saat di rumah itu hatinya dihambat rasa sayu. Sudah jemu dan muak
untuk mekirkan perkara itu. Terasa lelah untuk menyalahkan diri sendiri atas
perkahwinan yang dia sendiri mempersetujuinya. Terasa diri bagaikan manusia
yang tiada nilainya. Namun, perkara itu jua yang sering bertandang di benak
fikirannya.
Sampai bila harus bersandiwara begini?
Enam bulan
yang lalu dia menikahi Adam. Jejaka berusia lebih sepuluh tahun darinya. Dari
kecil dia disogokkan dengan kisah lelaki itu. Kepintaran juga kebaikannya
kepada keluarga. Masih tergambar di kotak fikiran wajah gembira atuk dan Mak Su
bila dia mengangguk setuju. Encik Abu Zikiri dan Puan Aisyah, bapa dan ibu
mertuanya juga sudah lama mereka kenal.
Seingat Nia
setelah kematian kedua-dua orang tuanya, hampir setiap tahun ibu dan bapa Adam
datang menjenguk ketika hari raya. Kata atuk, arwah abah dan emak memang rapat
dengan ayah dan ibu mertuanya. Mereka merupakan sahabat baik. Setiap kali bersua, pasti ayah dan ibu Adam
akan bercerita mengenai anak lelaki
mereka itu. Pasti cerita ketika Nia
masih kecil dibuka kembali, bagaimana dia menangis menjerit-jerit ketika Adam
mahu pulang ke rumah.
Pada hari
raya tahun lepas, ketika kunjungan hari raya mereka, ibu dan ayah Adam telah
mengusulkan agar dia berkenalan dengan Adam yang kali terakhir dia berjumpa hampir
sepuluh tahun yang lepas. Ketika dia masih anak remaja hingusan.
Adam yang segak dan tampan sedang dia pula seperti
anak kampung yang sedang membesar dan tidak ambil pusing tentang gaya dan
penampilan seperti kebanyakan remaja bandar seusianya. Malah ketika itu tidak kisah langsung untuk
bermain galah panjang dengan baju kurung tersarung di badan.
Usulan ayah
dan ibu mertua ketika itu membuat hatinya berbunga-bunga. Terbayang raut Adam
yang menawan. Berwajah tampan Melayu asli, mata sederhana besar, berhidung
mancung, giginya tersusun rapi dan berbadan sasa pula.
Bukan tiada
yang suka pada Nia ketika di sekolah mahupun universiti tapi hatinya tidak
terbuka untuk mana-mana lelaki. Mungkin belum bersedia.
Panggilan
pertama dari Adam singgah di telefon bimbitnya tiga nggu kemudian. Hanya
sekadar bertanya khabar sahaja. Tapi cukup buat jiwanya melayang-layang di
udara.
Kemudian Puan
Aisyah menjemputnya untuk makan malam bersama di Restoran Sri Angkasa di KL Tower. Berdebar-debar hatinya. Segalanya serba
tak kena. Tidak tahu pakaian mana yang sesuai apatah lagi pilihan baju yang ada
tidak seberapa.
Setelah puas
melih pada pilihan yang terhad, akhirnya dia menyarung baju kurung Pahang
berona biru dan jingga dan berbunga besar, agar tubuhnya yang ramping tidak
nampak terlalu kurus. Rambutnya yang lebat dan halus berwarna coklat
kehitaman disisir rapi dan diikat ekor
kuda. Sekadar berbedak tipis. Mulut kecil sederhana tebal berwarna merah
delima, bermata bulat dan besar pula anak matanya, berhidung mancung seludang,
tinggi tulang pipinya dan kulitnya pula putih kuning, dia nampak bagai anak
gadis kampung yang ayu.
Setibanya di
restoran berputar itu matanya yang bulat melilau mencari Encik Abu Zikri dan
Puan Aisyah. Terasa kecut perutnya mekirkan pertemuan kali pertama dengan Adam
setelah sekian lama tidak bersua.
Bila Nia
menoleh ke kanan barulah dia terpandang Puan Aisyah yang melambai kepadanya
lalu dia mengorak langkah yang penuh debar bergerak ke meja mereka. Ketika itu
hanya ada Puan Aisyah dan suanya manakala kelibat Adam tidak pula kelihatan.
Hampir
setengah jam berlalu, barulah kelibat Adam menjelma. Masih dengan pakaian kerja
berkemeja coklat cair.
“Kenapa
lambat, Adam? Jalam jam ke?” soal Puan
Aisyah kepada anak sulung kesayangannya.
“Ha’ah,” bohong Adam dengan nada
sederhana perlahan. Hakikatnya dia keluar lewat dari pejabat dan sengaja
mengambil lewa akan pertemuan itu.
“Adam, inilah
Yaya.” Puan Aisyah memperkenalkan Nia kepada Adam.
“Hai!” sapa
Adam ringkas.
“Hai..” Nia
menjawab dengan perkataan yang sama tapi entahkan dengar ataupun tidak suaranya
itu.
Entah kenapa
terasa gelisah seluruh jiwa. Selalunya jika bertemu dengan kawan-kawan
lelakinya, perasaannya biasa saja dan emosinya terkawal tetapi tidak seperti
sekarang. Mungkin kerana ini pertemuan yang dirancang agar kedua-duanya
dijodohkan jadi terasa janggal untuk Nia
menjadi dirinya sendiri.
Usai majlis,
Puan Aisyah menta Adam menghantar Nia ke kereta.
“Kerja di
mana?” Adam bertanya ringkas ketika hampir sampai di kereta Nia.
“L & H Engineering. Dekat Ampang, construction company. Sekarang sedang construct bandar baru di Nilai,” jawab
Nia panjang lebar dengan harapan akan ada pertanyaan susulan dari Adam.
Adam
membukakan pintu kereta Nia.
“Bye!”
Kata Adam seraya menutup pintu kereta dan berlalu pergi tanpa menunggu kereta
Nia beredar dari situ.
Sepanjang
perjalanan pulang, ligat fikiran Nia berputar. Memang itu cara dan gaya Adam
atau Adam tiada hati langsung terhadapnya?
Tak apalah! Kalau
ada jodoh, adalah. Kalau dia bukan jodohku, pasti ada yang lebih baik
disimpankan untukku olehNYA, fikir Nia tenang.
“ADAM, makan dulu, mommy ada sesuatu nak cakap dengan Adam,” panggil Puan
Aisyah sebaik sahaja Adam turun dan melalui meja makan di mana dia sedang menikmati
sarapan dengan suanya.
“Okey, tapi Adam tak boleh lama sebab dah janji
dengan kawan nak main tenis.”
“Macam mana Adam dan Nia? Adam tak ada contact dia lepas dinner hari tu?”
“Tak!” jawab
Adam acuh tak acuh. “Lagipun dia tak sesuai untuk Adam, not my type.”
Terlintas di
fikirannya wajah Nia yang tampak lebih muda dari usia sebenar dengan rambut
yang diikat bagaikan gadis mentah
lepasan sekolah.
“Tapi mommy
berkenan sangat dengan Nia. Dia tu baik. Adam kenallah dengan dia dulu.” Suara
Puan Aisyah lembut memujuk.
“Mommy dah tahu
kan hati Adam untuk siapa? Adam takkan berpura-pura untuk menyukai orang lain. Mommy
nak ke dia merana kalau dia tahu Adam ada girlfriend?”
“Adam! Kalau
Netty tu yang Adam gilakan, Adam tunggu mommy mati dulu baru Adam boleh kahwin
dengan dia. Sekarang ni mommy nak Adam berkawan
dengan Nia. Adam jangan hancurkan
hati mommy dengan daddy. Adam tak pernah lawan cakap mommy, takkan sebab Netty,
Adam nak jadi anak derhaka?” Nada suara
Puan Aisyah mula meninggi.
Dia memang
tidak mahu Netty menjadi menantunya. Dia tahu sejarah Netty yang sering
bertukar teman lelaki.
“Adam suka dia, mommy!” Suara Adam kuat memenuhi
ruang makan yang sepi. Adam bingkas bangun dan berlalu pergi meninggalkan ibu
dan bapanya yang saling berpandangan.
0 comments:
Post a Comment