“SMART?” ulang
Izreen, berkerut.
“Yalah,
SMART!” balas Zafira sambil
mengangguk.
“Kalau
tak silap aku, kebanyakan lelaki yang along kenalkan dengan kau semuanya smart. Tapi, kau tetap tolak,” kata
Izreen. Otaknya ligat berfikir.
“Memanglah
smart. Tapi smart di luar bukan di dalam.”
Izreen
berkerut dahi. Apa yang dimaksudkan oleh Zafira itu?
“Kau
tak faham ke?” soal Zafira melihatkan wajah berkerut Izreen.
“Memang
aku tak faham.”
Zafira
menghentikan langkah. Wajah Izreen ditatap.
“Smile, mature, attractive, reliable, thankful. Kelima-lima ni kena ada pada lelaki yang bakal menjadi
suami aku nanti,” jelas Zafira sambil menunjuk kelima-lima jemarinya.
Izreen
cuba memahami penjelasan Zafira.
“Yang
pertama, smile. Aku nak lelaki tu
sentiasa tersenyum walaupun dalam keadaan marah sekalipun. Kedua, mature. Aku nak lelaki yang matang.
Bukan kebudak-budakan. Yang ketiga, attractive.
Walaupun dia tak handsome, tapi
menarik pada pandangan mata aku. Ke empat, reliable.
Mesti lelaki yang boleh dipercayai dan yang terakhir thankful. Lelaki itu sentiasa bersyukur dengan apa yang
diperolehi,” terang Zafira, jelas dan nyata.
Izreen
masih setia mendengar. Otaknya cuba merencanakan kenyataan Zafira.
“Senyum,
matang, menarik, dipercayai dan bersyukur. Semua tu kriteria-kriteria suami
yang aku nak,” ujar Zafira pula.
“Sekejap!
Aku tengah nak cuba fahamkan penjelasan kau tadi,” celah Izreen.
Zafira
berkerut dahi. Wajah Izreen dipandang mesra.
“Kalau
tersenyum time marah… itu tak ada
perasaan namanya. Kalau matang pun tak syok juga. Sesekali nak tengok dia
kebudak-budakan dan manja. Kalau perangai dia tak menarik mata kau, macam mana?
Dipercayai? Yang ni aku rasa… tak kesemua lelaki boleh dipercayai. Mana la
tahukan depan kau dia baik, tapi belakang kau dia hantu. Dan yang terakhir,
sentiasa bersyukur. Yang ni… no
komen,” jelas Izreen, panjang lebar.
Zafira
hanya mendengar. Cuba untuk memahamkan penerangan Izreen sebentar tadi.
“Faham
tak?” soal Izreen, tersenyum.
“Entah!
Aku pun tak faham apa yang kau cakap.”
“Aku
pun tak faham juga.”
Zafira
ketawa dan menggeleng. Otaknya masih merencana penerangan Izreen. Sedikit
sebanyak, ada benarnya kata-kata Izreen itu.
“Jomlah!
Dah lambat ni,” ajak Izreen melihatkan Zafira seakan mengelamun.
Zafira
sedikit tersentak. Disambung langkah menuju ke pawagam. Entah kenapa matanya
terpandangkan seseorang. Seperti pernah melihat orang tersebut sebelum ini.
“Kau
nak tengok cerita apa?” tanya Izreen setibanya di ruang legar pawagam.
Zafira
tidak membalas. Matanya masih terpahat ke arah sesusuk tubuh yang sedang
membeli popcorn.
“Fira,
kau nak tengok cerita apa?” ulang Izreen bernada tinggi.
“Apa-apa
sajalah. Aku nak ke sana sekejap,” balas Zafira dan beredar dari situ.
Izreen
sedikit tersentak. Matanya memerhati langkah Zafira yang sedang
menghampiri seorang lelaki. Siapa lelaki
itu?
“HR!
Hrithik Roshan!” tegur Zafira sedikit teruja.
Iqwan
yang sedang membayar harga popcorn
sedikit tersentak. Dihalakan mata ke arah yang memanggil. Berkerut dahinya
memandang gadis di hadapannya itu.
“Saya!
Awak tak ingat ke?” sambung Zafira.
Iqwan
segera menghampiri Zafira sebaik sahaja membayar harga popcorn. Diperhatikan Zafira daripada atas ke bawah.
“Ala…
takkan tak ingat? Semalam kan kita jumpa. Yang saya panggil awak HR tu. Hrithik
Roshan!” tambah Zafira lalu tersenyum.
Iqwan
berfikir sebentar. Diamati wajah gadis di hadapannya itu.
“Ala…
macam orang tua la awak ni. HR, Hrithik Roshan,” sebut Zafira lagi. Cuba untuk
mengingatkan lelaki di hadapannya itu.
Iqwan
masih berfikir. HR? Hrithik Roshan? Hatinya mengulangi dua perkataan itu.
Seperti pernah mendengarnya sebelum ini.
“Kau…”
Iqwan mematikan ayat tatkala mengingatinya.
“Tak
sangka kita jumpa lagi. Maknanya kita ada jodoh,” pintas Zafira, tersengih.
Iqwan
tidak membalas. Wajah sengihan Zafira ditatap berserta cebikan di bibir.
“Nak
tengok wayang ke?” tanya Zafira, ramah.
“Kau
sibuk, kenapa?” balas Iqwan dan beredar dari situ.
Dengusan
kasar terlepas daripada bibir. Kenapalah dia boleh berjumpa dengan gadis itu
lagi? Entah dari planet mana minah ni datang. Macam tak betul pun ada, kutuk
Iqwan dalam hati.
Zafira
sedikit tersentak. Matanya mengekori langkah Iqwan yang sudah pun menjauh.
“Fira,
apasal ni?” tegur Izreen, tiba-tiba.
Zafira
menghalakan mata ke arah Izreen. Gelengan diberikan kepada kawannya itu. Tanpa
membalas, dia segera beredar dari situ.
Izreen
berkerut dahi. Matanya memandang pemergian Zafira. Apa yang tidak kena dengan
Zafira? Siapa lelaki yang Zafira jumpa sebentar tadi?
“APA kes?” tanya Khairil setibanya Iqwan di
hadapan.
“Minah
gila!” jawab Iqwan sambil melabuhkan duduk.
“Minah
gila? Takkanlah minah tadi tu gila? Kau biar betul Wan?”
“Yalah,
gila. Orang gila saja yang panggil aku Hrithik Roshan.”
Khairil
cuba memahami kata-kata Iqwan. Seminit kemudian, dia ketawa mendengarnya.
“Kau
senyap, boleh?” tegur Iqwan, keras.
“Lawaklah
bro.”
“Apa
yang lawaknya? Kau ingat ni Maharaja Lawak Mega ke?”
Khairil
tergelak. Geli hati mendengar kata-kata Iqwan.
“Aku
ni dia anggap HR. Hisy, kalau aku jumpa dia lagi, aku sekeh-sekeh kepala dia.
Padan muka dia!” bebel Iqwan pula.
Semakin
galak Khairil ketawa. Geli hati mendengar bebelan Iqwan.
“Suka
hati saja minah tu nak panggil aku HR,” geram Iqwan sambil mengepal tangan.
“HR?”
soal Khairil lalu mematikan ketawa.
“Yalah,
HR stands for hantu raya!” Iqwan
membalas dalam nada geram.
Ketawa
besar Khairil mendengarnya. Ditatap wajah mencuka Iqwan.
“Aku
ingatkan HR tu Hrithik Roshan. Rupa-rupanya hantu raya,” gelak Khairil lagi.
Iqwan
berkerut dahi. Otaknya cuba merencana kata-kata Khairil.
“Kau
sendiri kata tadi yang minah tu panggil kau Hrithik Roshan. HR tu bukan short form pada Hrithik Roshan ke?”
jelas Khairil pula.
Iqwan
hanya mendengar. Ada benarnya kata-kata Khairil itu.
“Melainkan
kalau maksud minah tu memang hantu raya pada kau.”
“Kau
pun sama macam minah tu. Gila!” geram Iqwan sambil mendengus kasar.
Khairil
ketawa kecil. Geli hati melihat riak di wajah Iqwan. Belum pernah lagi Iqwan
beriak begitu. Selama ini hanya riak tidak berperasaan sahaja yang terlukis di
wajah kawan baiknya itu.
Selepas
apa yang berlaku pada dua tahun yang lepas, Iqwan lebih suka menyendiri. Tidak
suka bercampur dengan sesiapa dan hari ini, dia melihat perubahan itu. Semoga
dia dapat melihat perubahan seterusnya daripada Iqwan.
“KAU biar betul, Fira?” tanya Izreen, inginkan
kepastian.
“Aku
tak tipu. Memang Hrithik Roshan,” jelas Zafira penuh yakin.
“Ah!
Tak mungkin Hrithik Roshan datang sini. Menipulah kau ni, Fira.”
“Mata
dia macam mata Hrithik Roshan.”
Izreen
menggelengkan kepala. Riak teruja Zafira ditatap.
“Kalau
dia jadi suami aku, kan best,” ujar
Zafira, teruja.
Izreen
berkerut dahi. Seminit kemudian, dahi kawannya itu dipukul.
“Aduh!
Apa ni?” tegur Zafira sambil mengusap dahi.
“Berangan!
Macamlah kau kenal dengan lelaki tu.”
“Satu
hari nanti, aku akan kenal dengan dia.”
Izreen
menghela nafas ringan. Belum pernah lagi dia mendengar kata-kata seperti itu
tadi daripada mulut Zafira.
“Aku
nak minta tolong Abang Aqil siasat pasal dia,” ujar Zafira, tersenyum.
Terhenti
langkah Izreen mendengarnya. Kenapa Zafira berkata begitu?
“Aku
pasti dia suami idaman aku selama ini,” sambung Zafira lagi.
“Fira…”
panggil Izreen.
Zafira
mematikan langkah. Dia menoleh ke belakang. Kenapa dengan Izreen?
“Fira…”
seru Izreen lagi.
“Kenapa?”
soal Zafira, berkerut dahi.
“Aku
tak nak pisang berbuah dua kali. Kau dah lupa dengan apa yang terjadi pada dua
tahun yang lepas?” Izreen sekadar mengingatkan.
Zafira
cuba merencana penjelasan Izreen. Nafas berat dilepaskan. Mana mungkin dia
melupakan dengan apa yang terjadi dua tahun yang lepas. Peristiwa yang telah
meragut segala-galanya.
“Aku
sekadar nak ingatkan kau saja. Aku tak nak kau terluka lagi.” Izreen bersuara.
Wajah Zafira ditatap kasih. Sungguh, dia tidak mahu Zafira mengalami pengalaman
yang sama.
“Tak
salah kalau aku mencuba untuk kali yang kedua,” ujar Zafira, perlahan.
Dia
menundukkan wajah memandang kakinya sendiri. Rasa sebak hadir dengan tiba-tiba.
Peristiwa lama menggamit memori.
“Aku
tak kesah. Tapi, aku risaukan kau. Kalau perkara yang sama berulang, macam
mana? Aku tak nak tengok kau bersedih lagi.”
“Insya-Allah,
tak.”
“Syukur
alhamdulillah. Itulah yang aku harap-harapkan selama ini, Fira. Kalau boleh,
aku tak nak kau terlalu memikirkan peristiwa lepas. Aku tak nak peristiwa lama
bagi kesan negatif pada diri kau.”
“Aku
tak nak kau menolak untuk bahagia. Kau berdendam dengan apa yang telah berlaku
dan kau tutup pintu hati kau untuk terima cinta daripada seorang lelaki,”
terang Izreen sambil melepaskan nafas ringan. Ucapan syukur meniti di benak
hati.
Zafira
hanya tersenyum. Mungkin ada benarnya kata-kata Izreen itu. Selama ini, dia
takut untuk berkenalan dengan lelaki. Semuanya gara-gara peristiwa dua tahun
yang lepas. Sudah acapkali abangnya, Aqil Danish memperkenalkan dia dengan
beberapa kenalan lelaki.
Tetapi,
semuanya ditolak mentah-mentah kerana pada waktu dan ketika itu, dia belum
bersedia untuk menerima cinta seorang lelaki. Peristiwa lama telah meninggalkan
kesan luka yang paling dalam.
Apalah
gunanya dia terus bersikap begitu. Ia menambahkan lagi kesusahan kepada abang
dan kakak iparnya. Ada baiknya dia meneruskan kehidupan. Dia juga tidak mahu
membuat Izreen berasa sedih lagi. Cukuplah dengan apa yang berlaku selama ini
dan dia akan cuba membahagiakan abang, kakak ipar serta kawan baiknya itu.
“Hey…
dah sampai Ipoh ke?” tegur Izreen seraya memegang bahu Zafira.
“Haa..
sorry. Aku mengelamun sekejap,” balas
Zafira sedikit tersentak.
“Minggu
depan kau start kerja dengan along,
kan?”
“A’ah.
Along minta aku tolong dia. Ikutkan hati, malas la nak buat kerja-kerja office ni. Tak bebas! Asyik mengadap
komputer saja.”
“Apasal
pulak? Sebelum ni kan kau kerja
mengadap komputer. Pembantu pengurus lagi.”
“Yalah!
Masa tu aku terpaksa sebab dah tak ada kerja lain. Kau juga yang ajak aku kerja
kat syarikat tu. Tak ada kawan la, apa la,” ungkit Zafira, menjeling manja.
Izreen
tersengih. Memang benar apa yang diperkatakan oleh Zafira itu. Dia yang
merekemenkan Zafira bekerja di Syarikat Sinar Sdn Bhd. Kini, dia dinaikkan
pangkat menggantikan tempat Zafira selepas kawannya itu meletak jawatan sebulan
yang lepas.
“Habis
tu, kau buat kerja apa kat office
along?” tanya Izreen kemudian.
“Jadi
tea lady!” jawab Zafira, selamba dan
melajukan langkah.
Bulat
mata Izreen mendengarnya. Biar betul?
“Kau
biar betul? Takkan kau nak jadi tea lady
kat office along?” tanya Izreen
kurang percaya. Dilajukan langkah agar dapat menyaingi langkah Zafira.
“Kenapa?
Jawatan tu tak bagus ke?”
“Eh…
bukan tak bagus. Aku….”
“Yang
penting halal!” pintas Zafira dan beredar dari situ.
Izreen
berkerut dahi. Hatinya menolak kenyataan yang keluar daripada mulut Zafira.
Mustahil Zafira bekerja sebagai tea lady di
pejabat Aqil.
“Fira!
Fira!” panggil Izreen sambil cuba mengejar Zafira.
Zafira
ketawa kecil melihat tingkah laku Izreen. Kawannya itu mudah ditipu dan
tertipu. Tea lady! Dia tersenyum buat
seketika.
Memang
itu jawatan yang dimohon daripada abangnya tetapi ditolak keras oleh Aqil. Nak
tak nak, terpaksalah dia menerima jawatan yang telah ditetapkan oleh Aqil
Danish.
“MINGGU depan kau jangan lupa pasal meeting kita kat Cempaka tu. Dia orang
dah bising dengan aku yang kau selalu tak ada masa meeting,” beritahu Khairil sekadar mengingatkan.
“Boleh
tak jangan cakap pasal hal kerja? Orang nak bercuti pun tak senang. Tak
habis-habis nak bercerita pasal meeting,”
rungut Iqwan, keras.
“Okey…
okey… aku minta maaf,” ucap Khairil, menggeleng kecil.
Iqwan
merengus. Dibawa langkah menuju ke sebuah restoran. Perut yang terasa lapar
perlu diisi. Teringin untuk makan nasi goreng ikan masin. Nasi goreng
kegemarannya selama ini.
Khairil
menghela nafas ringan. Langkah Iqwan yang sedang menuju ke sebuah restoran
diperhati penuh minat. Sukar benar untuk menyedarkan Iqwan.
Selepas
apa yang terjadi, Iqwan dilihatnya tidak mengambil berat tentang syarikat.
Paling ketara selepas Iqwan mengetahui kisah yang sebenar.
Malah,
sikap acuh tak acuh Iqwan turut menyukarkan perjalanan syarikat. Sudah penat
dia menasihati Iqwan. Namun, nasihatnya itu dibuat endah tak endah sahaja.
“Boleh
saya duduk?” tegur seseorang mematikan tingkah laku Iqwan.
Khairil
tidak terkecuali. Diangkat wajah dan memandang ke wajah gadis yang berada di
hadapan mereka berdua.
“Wah!
Tak sangkakan kita jumpa lagi. Dalam satu hari, dua kali kita berjumpa. Kuat
betul jodoh kita berdua, kan?” ujar Zafira, tersengih.
Dilabuhkan
duduk di hadapan Iqwan. Tingkah laku Iqwan yang sedang makan diperhati penuh
minat. Kemudian, senyuman diberikan kepada Khairil.
Iqwan
tidak mengendahkan kehadiran Zafira. Dia meneruskan suapan nasi ke dalam mulut.
Malas untuk melayan gadis di hadapannya itu.
Khairil
berkerut dahi. Siapa gadis ini? Adakah dia mengenali Iqwan?
“Boleh
berkenalan?” Ramah Zafira bertanya.
Iqwan
masih meneruskan tingkah laku. Tidak berminat untuk menjawab pertanyaan Zafira.
“Fira!”
tegur Izreen sambil menghampiri Zafira. Berkerut dahinya melihat dua orang
jejaka di hadapan Zafira. Siapa mereka berdua?
“Reen,
dia ni la yang aku cakap tadi. HR!” balas Zafira, tersenyum.
Tersedak
Iqwan mendengarnya. Diangkat wajah dan memandang tajam ke wajah Zafira.
“Oh,
dia ke HR yang kau cakap tadi? Hurm… ada la ciri-ciri HR,” balas Izreen sambil
mengangguk kecil. Wajah lelaki di hadapannya itu diperhati penuh minat.
Tergelak
Khairil mendengarnya. Adakah ‘hantu raya’ yang dimaksudkan oleh gadis-gadis
itu? Dikerling sekilas ke wajah Iqwan. Kelat dan mencuka.
“Kan?
Aku cakap kau tak percaya. Betul tak apa yang aku cakap tadi? Mata dia macam
HR,” beritahu Zafira masih tersengih.
Sakit
hati Iqwan mendengarnya. Tajam matanya memandang wajah tersengih Zafira.
“Awak…”
“Kau
boleh blah dari sini tak?” pintas
Iqwan, keras.
“Wan,
control sikit,” tegur Khairil. Kurang
senang dengan kata-kata Iqwan.
“Control? Minah ni memang tak makan
saman. Dia ingat aku ni hantu raya ke? Suka hati saja nak gelarkan aku macam
tu,” marah Iqwan, keras.
Zafira
berkerut dahi. Apa yang dimaksudkan oleh Iqwan?
“Kau
blah dari sini sebelum aku mengamuk,”
arah Iqwan, meninggi.
“Fira,
jomlah!” ajak Izreen tatkala melihat wajah tegang Iqwan.
Zafira
bingkas bangun. Hatinya tertanya-tanya. Apa yang tidak kena dengan lelaki itu?
Perkara apa yang telah dilakukan sehingga lelaki itu beriak tegang dan marah?
“Maaf,
cik! Kawan saya ni bad mood hari ni,”
ujar Khairil, serba salah.
“Tak
apa, encik. Maafkan tingkah laku kawan saya tadi,” balas Izreen mewakili
Zafira.
Khairil
sekadar mengangguk. Gelengan kecil diberikan kepada Iqwan.
Izreen
tersenyum. Tanpa berlengah, ditarik tubuh Zafira beredar dari situ. Belum
sempat dia menjauhi, Zafira sudah menahannya. Bekerut dahinya memerhati langkah
Zafira yang sedang menghampiri lelaki itu semula.
“Saya
tak gelarkan awak ‘hantu raya’. HR tu bermaksud Hrithik Roshan. Saya suka
tengok mata awak sebab mata awak macam mata Hrithik Roshan. Maafkan saya atas
sikap dan perangai saya,” jelas Zafira dan beredar dari situ.
Iqwan
yang mendengar terkedu. Matanya menghantar langkah Zafira dan Izreen yang sudah
pun keluar dari restoran.
“Haaa…
siapa yang malu sekarang?” sindir Khairil, selamba.
Iqwan
tidak membalas. Dengusan kasar terlepas daripada bibir. Tanpa berlengah, dia
bingkas bangun dan beredar dari situ. Sakit hatinya mendengar sindiran Khairil
itu.
Khairil
ketawa kecil. Geli hati melihat tingkah laku Iqwan. Seminit kemudian, dia
bangun dan beredar dari restoran itu setelah membuat bayaran. Nafas ringan
dilepaskan.
Wajah
gadis yang menegur Iqwan meniti di tubir mata. Adakah gadis itu bakal merubah
sikap dan perangai Iqwan tidak lama nanti?
0 comments:
Post a Comment