“AWAK terima cinta saya?” soal Zafira, inginkan
kepastian.
Lelaki
itu tidak menjawab. Otaknya sedang ligat berfikir.
“Saya
dah lama suka kat awak. Saya selalu perhatikan awak,” beritahu Zafira pula.
Lelaki
itu masih berfikir. Wajah Zafira ditatap curiga.
“Awak
tak percaya ke?” tanya Zafira melihatkan riak di wajah lelaki itu.
“Kau
suka kat aku? Kenapa kau suka kat aku?” soal lelaki itu pula.
“Sebab…
sebab…” Zafira mematikan ayat. Malu untuk berterus-terang.
“Sebab
apa?” desak lelaki itu.
“Sebab
mata awak,” ujar Zafira, malu-malu.
Lelaki
itu berkerut dahi. Pelik mendengar jawapan Zafira.
“Mata
awak tu macam mata Hrithik Roshan. Cantik!” puji Zafira, ikhlas.
Lelaki
itu mengawal senyuman agar tidak terbit di bibir. Kembang tatkala dipuji
sebegitu.
“Saya
suka mata awak. Jadi, saya nak mata awak saja. Yang lain-lain saya tak nak,”
beritahu Zafira lalu tersengih.
Lelaki
itu terkedu. Apa maksud Zafira?
“Boleh
tak bagi mata tu pada saya? Dah lama saya cari mata ala-ala Hrithik Roshan,”
sambung Zafira. Kakinya menguis-nguis daun kering yang berada di situ.
“Gila!”
luah lelaki itu, sepatah.
Seminit
kemudian, dia beredar dari situ. Belum pernah lagi dia berjumpa dengan gadis
seperti Zafira.
“Eh…
awak! Nanti dulu!” laung Zafira.
Langkahnya
mengekori langkah lelaki itu. Semakin laju langkah lelaki itu, semakin laju
langkahnya juga. Tak terkejar Zafira dibuatnya.
“Oh
mak kau menari joget!” latah Zafira kemudian. Tersemban dia jatuh daripada
sofa.
“Aduh!
Sakitnya punggung aku!” rengek Zafira pula. Diusap punggungnya yang terasa
sakit. Dengusan ringan terlepas daripada bibir.
“Hahahaha!”
gelak Izreen, tiba-tiba.
Zafira
menoleh. Terkejut mendengar suara ketawa Izreen. Tajam matanya ke wajah
kawannya itu.
“Tidur
lagi time tengah hari rembang macam
ni. Kan dah terjatuh macam nangka busuk,” kutuk Izreen, selamba. Dilabuhkan
duduk di sofa berhadapan dengan Zafira.
Zafira
bingkas bangun daripada jatuhan. Punggungnya yang terasa sakit diusap lembut.
“Kau
mimpikan siapa pulak kali ni?” soal
Izreen, ingin tahu.
“Haaa…
baru sedap sikit telinga aku mendengarnya,” balas Zafira sambil tersengih.
Izreen
mencebik meluat. Itulah Zafira yang sebenarnya. Suka bermimpi dan berkhayal.
“Kau
nak tahu ke?” ujar Zafira sambil mengangkat kening.
“Kalau
kau nak beritahu.”
“Hrithik
Roshan!”
“Hrithik
Roshan?”
Zafira
mengangguk perlahan. Masih lagi tersengih.
Izreen
yang melihat anggukan Zafira melepaskan ketawa. Geli hati mendengarnya.
“Kau
apasal? Nak makan selipar ke?” Zafira geram lalu mendengus kasar.
“Okey…
okey.... sorry. Tak sengaja,” kata
Izreen dan mematikan ketawa.
Zafira
merengus. Sakit hatinya mendengar suara ketawa Izreen.
“Aku
ingatkan Rajnikanth,” gelak Izreen, galak.
“Mak
cik!” tegur Zafira pantas berdiri.
“Opps!
Sorry!” ucap Izreen sambil menekup
mulut.
Zafira
merengus. Tajam matanya ke riak selamba Izreen. Ikutkan hati, mahu dihempuk
kawan baiknya itu. Suka hati sahaja nak ketawa.
“Aku
masuk bilik dulu. Malas aku nak layan kau,” ujar Zafira dan memulakan langkah.
“Kau
jangan lupa dinner malam ni kat rumah
Abang Aqil. Tadi Abang Aqil call aku
suruh aku ingatkan kau,” beritahu Izreen bingkas bangun.
Terhenti
langkah Zafira mendengarnya. Keluhan berat terlepas daripada bibir.
“Kau
dah lama tak balik. Kalau kau nak aku temankan, aku temankan kau balik.”
“Tengoklah
nanti!” balas Zafira dan beredar dari situ.
Izreen
menghela nafas ringan. Kepalanya menggeleng kecil tatkala memikirkan Zafira.
Sudah lama kawannya itu tidak pulang ke rumah Aqil. Tatkala disuarakan tentang
itu, Zafira pasti akan mengelak.
“BOLEH tak kau jangan timbulkan
masalah, Iqwan?” Lantang Khairil bersuara.
“Masalah?
Aku tak pernah timbulkan masalah apa-apa,” tukas Iqwan, selamba.
“Tak
pernah? Tak pernah kau kata?”
“Yalah!
Mana pernah aku timbulkan masalah pada kau.”
“Yang
kau lari daripada meeting tu, apa?
Bukan masalah ke?”
“Alah!
Biasalah tu. Kau pun pernah buat, kan?”
Khairil
melepaskan nafas berat. Wajah Iqwan di hadapan ditatap berserta gelengan di
kepala. Bagaimana untuk menyedarkan Iqwan ketika ini?
“Kau
dah banyak timbulkan masalah, Iqwan. Kalau berterusan begini, tak mustahil
syarikat peninggalan keluarga kau ni akan bankrap.”
“Biarlah
kalau syarikat ni nak bankrap. Aku dah penat nak uruskannya.” Selamba Iqwan
menjawab. Seperti orang tidak berperasaan lagaknya.
Menggeleng
Khairil mendengar jawapan Iqwan. Kenapa Iqwan berkata begitu? Adakah Iqwan
sudah berputus asa?
“Aku
nak balik dulu. Kalau kau tak ada masalah, kau tolong handle mesyuarat petang nanti,” sambung Iqwan lalu bangun dari
duduk.
“Wan,
kau tak boleh…”
“Aku
percayakan kau,” pintas Iqwan seraya memegang lembut bahu Khairil.
Dia
melangkah keluar dari bilik. Sempat dia melemparkan senyuman kepada kawan
baiknya itu.
“Iqwan!
Iqwan Hafiz!” panggil Khairil.
Namun,
panggilannya itu tidak diendahkan oleh Iqwan. Kawannya itu sudah pun beredar
dari bilik. Nafas berat dilepaskan. Bagaimana untuk menyedarkan Iqwan?
“Aku
tetap akan tolong kau, Wan,” bisik Khairil kepada dirinya sendiri.
“BALIK-balik meeting. Balik-balik meeting.
Bosan betul!” rungut Iqwan sendirian.
Dengusan
kasar terlepas daripada bibir. Dibiarkan sahaja kakinya melangkah. Tidak
berniat untuk berhenti. Tatkala ternampak sebuah tin kosong, disepak tin itu
sekuat hati.
“Aduh!”
rengek seseorang.
Tersentak
Iqwan buat seketika. Bulat matanya memandang seorang gadis yang sedang mengusap
kepala. Adakah tin kosong yang disepaknya tadi mengenai kepala gadis itu?
“Hisy,
mana datang tin ni?” soal Zafira kepada dirinya sendiri. Meliar matanya
memerhati sekeliling. Mencari punca dari mana datangnya tin kosong itu.
“Takkan
kena daulat kut?” tanya Zafira lagi. Diusap kepalanya yang terasa sakit.
Iqwan
hanya memerhati. Tidak berniat untuk menegur.
“Jangan-jangan…
ada HR ikut aku tak?” duga Zafira masih melilaukan mata.
Berkerut
dahi Iqwan mendengar. HR? Hati Iqwan bertanya.
Zafira
masih lagi melilaukan mata. Perasaan berdebar di saat ini. Risau kalau-kalau
dugaannya itu betul memandangkan kawasan yang dilaluinya agak sunyi.
“Mak!”
jerit Zafira, terkejut. Ditekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan.
Iqwan
mengurut dada. Terkejut mendengar jeritan gadis itu.
“Kau
siapa?” soal Zafira, bergetar. Diintai wajah lelaki dari celahan jemarinya itu.
Iqwan
tidak menjawab. Berkerut dahinya melihat tingkah laku gadis di hadapannya itu.
“Kau
siapa? HR, kan?” tanya Zafira lagi.
“HR?”
ulang Iqwan, berkerut.
“Bismillahirrahmanirrahim.
Puh kanan puh kiri, pergi engkau dari sini,” jampi Zafira, bergetar. Botol
mineral yang dipegang dibuka lalu menjirusnya ke arah lelaki di hadapannya itu.
“Syuh…
syuh… pergi kau dari sini. Pergi!” halau Zafira bernada serius.
Tersentak
Iqwan dek kerana tingkah laku Zafira. Tidak menyangka dia akan dijirus dengan
air. Dia merengus kasar.
“Pergi!
Pergi! Kalau kau tak pergi aku panggil ustaz datang halau kau,” kata Zafira
lagi. Dijirus air mineral ke muka Iqwan.
“Woi,
minah! Kau ingat aku ni apa? Hantu ke?” marah Iqwan, keras.
Sakit
hatinya dengan tingkah laku Zafira. Habis bajunya basah dek kerana air mineral
yang dijirus oleh gadis itu.
Terhenti
tingkah laku Zafira mendengarkan kemarahan lelaki itu. Wajah di hadapannya
dipandang berserta kerutan di dahi.
“Kau
ni gila ke? Baru keluar dari Tanjung Rambutan?” marah Iqwan lagi. Sapu tangan
dari dalam poket seluar dikeluarkan lalu dilap wajahnya yang basah.
Zafira
hanya memandang. Otaknya masih lagi ligat berfikir. Seminit kemudian,
ditundukkan tubuh dan memandang ke arah Iqwan. Memeriksa sama ada lelaki di
hadapannya itu manusia ataupun hantu.
Berkerut
dahi Iqwan melihat tingkah laku Zafira. Apa yang sedang dibuat oleh gadis itu?
“Manusia
rupanya. Ingatkan hantu raya tadi.” Zafira menarik nafas lega.
“What? Kau ingat aku ni hantu ke?” Iqwan
terkejut.
Zafira
tersengih. Kepala yang bertudung digaru sekali. Matanya memandang wajah tegang
lelaki di hadapannya itu.
“Encik
ni handsome la. Macam Hrithik
Roshan,” puji Zafira kemudian.
“Kau
dah basahkan aku, kau nak ambil hati aku pulak?
Puji aku bagai? Banyak cantik muka kau,” cebik Iqwan, meluat.
“Muka
saya memang cantik, encik. Cuba encik tengok. Satu jerawat pun tak ada, kan?”
balas Zafira tidak berperasaan. Disuakan mukanya di hadapan mata Iqwan agar
lelaki itu dapat menilik wajahnya.
“Gila!”
kutuk Iqwan sambil menjauhi Zafira.
Tergelak
Zafira mendengarnya. Dia segera beredar dari situ. Malas hendak melayan lelaki
itu lagi.
Iqwan
yang melihat sedikit terkejut. Pelik melihat tingkah laku gadis itu.
“Sengal!
Harap muka saja cantik, tapi perangai macam orang tak betul,” kutuk Iqwan.
Dibawa
langkah beredar dari kawasan itu. Dikerling jam di pergelangan tangan buat
seketika. Masa sudah merangkak ke pukul enam petang. Namun, langkahnya terhenti
tatkala teringatkan sesuatu.
“Aku
baru puji dia cantik tadi, kan?” soal Iqwan pula.
“LAMA along tak jumpa Fira,” adu Aqil
sambil melabuhkan duduk di sofa.
“Hurm…”
balas Zafira, sepatah.
“Kenapa
tak ajak Izreen sekali datang?” tanya Amylia turut sama melabuhkan duduk.
“Reen
sibuk!” jawab Zafira, acuh tak acuh.
Aqil
menghela nafas ringan. Wajah adik bongsunya itu ditatap mesra. Semenjak ayah
mereka meninggal, dia dipertanggungjawabkan dalam menjaga Nur Zafira Sofea. Apa
yang berlaku pada dua tahun yang lepas begitu meninggalkan kesan di hati
adiknya itu.
“Fira
tidur sini ke?” tanya Amylia, ramah.
“Malas!”
jawab Zafira masih sepatah. Matanya ralit menatap telefon bimbit di tangan.
“Fira
tidurlah sini. Along ada perkara nak bincang dengan Fira,” ujar Aqil, lembut.
“Perkara
apa?” tanya Zafira.
“Perkahwinan
Fira!” suara Amylia mewakili Aqil.
Terhenti
tingkah laku Zafira yang sedang bermain permainan di telefon bimbit. Dihalakan
mata ke wajah Aqil dan Amylia di hadapan silih berganti.
“Along
nak kenalkan….”
“SMART! Kalau lelaki tu tak cukup SMART, Fira tak nak,” pintas Zafira,
laju.
“SMART?” Serentak Aqil dan Amylia
bersuara.
Zafira
mengangguk. Dia menyambung bermain permainannya itu.
“Sudah
tentulah smart macam along. Takkan
along nak cari yang kurang smart
untuk adik along ni?” balas Aqil, tersenyum. Nafas lega dilepaskan.
“Okey!
Sama-sama kita tengok SMART ke tidak
calon along tu,” kata Zafira bingkas bangun dari duduk. Ditatap kasih wajah
abang dan kakak iparnya.
“InsyaAllah,
smart macam along.” Aqil memberi
jaminan. Senyuman diberikan kepada adik bongsunya itu.
Zafira
mengangguk. Tanpa membalas, dia beredar dari situ menuju ke tingkat atas.
Kepenatan amat dirasai ketika ini.
Aqil
dan Amylia sekadar memandang. Masing-masing melepaskan nafas lega. Lega
mendengar keputusan Zafira. Jika dulu, tatkala mereka menyuarakan hasrat untuk
memperkenalkan Zafira dengan kenalan mereka, pasti Zafira akan menolak. Tetapi
tidak pada kali ini. Zafira bersetuju dengan rancangan mereka.
“Macam
tak percaya saja Fira terima rancangan kita, abang,” ujar Amylia, lembut.
“Hurm…
abang pun macam tak percaya saja. Tapi, tak apalah Amy. Sekurang-kurangnya,
Fira tak menolak macam yang lepas,” balas Aqil sambil mengangguk perlahan.
“Amy
harap kali ni Fira tak menolak. Kawan abang tu pun boleh tahan juga orangnya.”
“Mudah-mudahan.
Abang nak Fira bahagia. Itu janji abang pada arwah ayah.”
“Insya-Allah,
abang. Fira akan bahagia. Amy janji akan bantu abang membahagiakan Fira.” Janji
Amylia di hadapan Aqil. Wajah suaminya itu ditatap kasih. Bersyukur kerana
memiliki Aqil sebagai suami.
Aqil
sekadar mengangguk. Ditarik tangan Amylia lalu digenggamnya erat. Menyalurkan
rasa kasih dan cinta terhadap isterinya itu.
“HAHAHA… kau ingat aku senang-senang nak
terima ke? Aku nak tengok lelaki yang along nak kenalkan tu cukup SMART ke tidak?” Zafira mencebik.
“Kalau
dia cukup SMART macam mana? Kau akan
terima dia?” tanya Izreen sekadar menduga perasaan Zafira.
Zafira
membisu. Apa jawapan yang harus diberikan kepada Izreen?
“Aku
pasti dia tak memenuhi kriteria-kriteria yang aku nak,” tukas Zafira penuh
yakin.
“Belum
kenal belum tahu, Fira. Dibuatnya dia memenuhi kriteria-kriteria suami idaman
kau, macam mana?”
Zafira
tidak membalas. Otaknya cuba mencari jawapan kepada setiap pertanyaan Izreen.
“Tak
apa. Kita tengok dulu macam mana.”
“Bila
along nak kenalkan kau dengan dia?”
“Entah!
Aku tak tanya tadi. Biarlah! Malas aku nak fikir.”
Izreen
mengangguk perlahan. Ada baiknya dia tidak terus bertanya. Jika ditanya, pasti
akan mendatangkan kemarahan kepada Zafira.
“Esok
aku nak tengok wayang. Kau nak ikut tak?” beritahu Zafira dari hujung talian.
“Haa..
wayang?” soal Izreen sedikit terpinga-pinga.
“Yalah!
Kau nak ikut tak?”
“Hurm..
boleh juga.”
“Aku
tunggu kau kat tempat biasa. Okeylah, aku dah mengantuk. Esok kita jumpa dalam
pukul 2.00 petang.”
“Insya-Allah,
baiklah! Mimpikan yang indah-indah,” ucap Izreen dan mematikan talian.
Zafira
tersenyum. Telefon bimbit diletakkan di atas meja. Beg sandang yang terletak di
birai katil ditarik lalu mengeluarkan sebuah diari berwarna hitam. Diari yang
mencoret segala memori dan peristiwa yang terjadi selama dua tahun ini.
“Perlukah
aku berlagak tabah di hadapan mereka semua sedangkan kelukaan di hati masih
lagi bersisa?” suara Zafira, sendirian. Ditatap diari hitam miliknya itu.
“Yang
lepas, biarlah lepas. Aku harus teruskan kehidupan. Apa yang pasti, aku tak nak
along dan kak long kecewa dengan aku. Selama ini, aku banyak menyusahkan mereka
berdua.”
Dibaringkan
tubuh dan memandang siling putih biliknya itu. Diari di tangan dipeluk erat.
“My dream husband! Aku pasti akan
berjumpa dengannya suatu hari nanti,” bisik Zafira lalu memejamkan mata. Cuba
untuk menidurkan diri.
“Hrithik
Roshan!”
Meluncur
laju nama itu daripada bibirnya. Serta-merta wajah lelaki itu meniti di tubir
mata.
0 comments:
Post a Comment