“SABAR Fira!” pujuk Amylia, lembut. Diusap lembut
belakang Nur Zafira Sofea. Cuba untuk menenangkan hati adik iparnya itu.
“Semua
ni dah takdir Allah. Mahu tidak mahu, Fira terpaksa terima,” suara Aqil Danish,
tiba-tiba. Dilabuhkan duduk di sisi adiknya itu.
Zafira
tidak membalas. Air mata dibiarkan terus mengalir membasahi pipi. Tidak berniat
untuk menyeka. Berita yang baru diterima sungguh menyentap hati. Bagaimana
untuk mengharungi hidup selepas ini?
“Kita
hanya merancang, tapi Allah menentukan segala-galanya,” pujuk Aqil pula.
“Fira!”
panggil Izreen dari kejauhan.
Zafira,
Aqil dan Amylia menoleh. Wajah Izreen menyapa mereka bertiga.
“Fira!”
seru Izreen, lembut.
Aqil
bingkas bangun dari duduk. Memberi ruang kepada Izreen untuk duduk di sisi
Zafira. Matanya memandang wajah sedih Zafira. Sebak tatkala mengenang nasib
adiknya itu.
“Macam
mana, Abang Aqil? Ada berita?” tanya Izreen, ingin tahu.
Aqil
menghela nafas berat. Hanya gelengan diberikan kepada Izreen sebagai tanda
jawapan kepada pertanyaan gadis itu.
“Waris
pesakit diminta ke sini,” panggil seseorang mematikan perbualan mereka.
Aqil
yang mendengar segera menghampiri petugas. Berdebar-debar dirasai ketika ini.
Menanti kata-kata yang bakal keluar daripada mulut doktor yang bertugas.
Amylia
turut sama bangun dan menghampiri Aqil. Dia juga turut merasai debaran. Adakah
berita buruk yang bakal mereka terima hari ini?
“Macam
mana, doktor?” tanya Aqil, perlahan.
“Maafkan
saya, Encik Aqil. Allah lebih…”
Doktor
Badri mematikan ayat. Berharap, waris pesakit memahami dengan gantungan ayatnya
itu. Rasa kasihan menujah ke hati.
Aqil
mengangguk faham. Sudah pastilah ayahnya tidak dapat diselamatkan.
“Kalau
tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Takziah daripada saya buat Encik
Aqil sekeluarga,” ujar Doktor Badri seraya menyentuh lembut bahu Aqil.
“Terima
kasih, doktor,” ucap Aqil, lemah.
Doktor
Badri hanya mengangguk. Tanpa menunggu, dia segera beredar dari situ. Hanya
titipan doa yang mampu diberikan buat Aqil sekeluarga. Semoga roh ayahnya dicucuri
rahmat.
“NO!
Tak mungkin doktor! Tak mungkin!” tukas Iqwan Hafiz, lantang.
“Iqwan,
bawa bersabar,” pujuk Khairil Izhan.
“Tak
mungkin! Tak mungkin!” Iqwan masih lagi menafikan.
“Wan,
semua ni dah takdir Allah. Kau kena reda terima segala ketentuan dari-Nya,”
pujuk Khairil sambil menyentuh lembut bahu kawannya itu.
Doktor
Jamal hanya mendengar. Rasa simpati atas apa yang berlaku terhadap Iqwan.
“Aku
tahu Khai. Dah takdir Allah buat aku,” balas Iqwan, lemah.
Diraup
sekali wajahnya sambil melepaskan keluhan berat. Berita mengenai kematian insan
yang disayangi sukar untuk diterima.
“Bila
kami boleh uruskan jenazah doktor?” tanya Khairil mewakili Iqwan.
“Petugas
akan beritahu pada encik kemudian. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri
dulu. Takziah daripada saya buat Encik Iqwan sekeluarga,” beritahu Doktor
Jamal.
“Terima
kasih, doktor,” ucap Khairil lalu tersenyum hambar. Matanya menghantar langkah
Doktor Jamal sehingga hilang dari pandangan.
“So, kau nak…”
“Aku
nak ambil angin sekejap,” pintas Iqwan lalu beredar dari situ.
Khairil
tidak membalas. Tubuh lesu Iqwan dipandang berserta perasaan kasihan. Tanpa
berlengah, dia melangkah menuju ke kaunter untuk menguruskan jenazah. Hanya
iringan doa yang diberikan buat Iqwan agar tabah dalam menghadapi dugaan.
“RIF dah buat apa yang ayah suruh,”
beritahu Rifqy, perlahan.
“Bagus!
Ini baru anak ayah. Dengar cakap ayah,” balas Dato Zaidie, bangga.
Rifqy
tidak membalas. Otaknya memikirkan peristiwa beberapa jam yang lepas. Rasa
bersalah dengan apa yang telah berlaku.
“Baru
puas hati ayah,” luah Dato Zaidie. Senyuman puas meniti di bibir.
“Kalau
tak ada apa-apa, Rif naik atas dulu,” ujar Rifqy bingkas bangun dari duduk.
“Sekejap!
Rif menyesal dengan apa yang Rif dah lakukan?” soal Dato Zaidie sekadar menduga
perasaan anaknya itu.
Rifqy
menarik nafas berat. Adakah dia menyesal ketika ini? Ya, dia memang menyesal
kerana menurut arahan ayahnya, Dato Zaidie. Sebagai seorang anak, dia rela
menerima hukuman asalkan hati Dato Zaidie puas.
“Come on Rif. Takkan Rif menyesal dengan
apa yang Rif dah lakukan?” tegur Dato Zaidie pula. Wajah anaknya itu ditatap.
“Memang
Rif menyesal dengan apa yang telah Rif lakukan. Seumur hidup Rif akan
menanggung rasa kekesalan ini,” balas Rifqy bernada kecewa.
Tanpa
menunggu balasan, dia beredar dari situ. Malas untuk meneruskan perbincangan
itu. Kalau diteruskan, pasti rasa kekesalan semakin menghimpit diri.
Dato
Zaidie hanya memandang. Dengusan kasar terlepas daripada bibir. Sudah pastilah
anaknya itu berasa kesal dengan apa yang telah dilakukan. Dia tidak peduli
dengan semua itu. Apa yang penting, dendam yang tersimpan selama ini telah
dibalas.
0 comments:
Post a Comment