TIBA hari yang dinantikan. Nia anggun berkebaya putih labuh berlabuci
merah jambu dan biru. Manakala Adam memakai baju Melayu putih bersampin rona
yang sama seperti Nia. Adam yang sasa
kelihatan lebih sasa di sebelah Nia yang kecil ramping. Majlis yang sederhana
itu meriah dengan kedatangan orang kampung dan juga saudara mara.
Pujian
diterima bersahut-sahutan apabila mata terpandang kedua-dua mempelai. Nia nyata
anggun walau dengan mekap yang sederhana. Teman-teman Nia begitu ramai yang
datang dan memeriahkan majlis. Mereka tidak henti-henti mengambil peluang
bergambar bersama pengantin. Adam hanya
mengikuti rentak majlis. Diajak bergambar dia bergambar namun hanya melontar
senyum yang tawar. Nia seolah perasan rentak Adam kerana sepanjang majlis Adam
tidak sedikitpun memandang ke arahnya. Hanya dia yang mencuri-curi jeling ke arah
lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.
Malah selepas
waktu nikah sebentar tadi, Adam sekadar memandang seketika wajahnya dan seperti
keberatan ketika dinta membuat beberapa aksi bagi dirakamkan oleh
jurufoto.
Perbuatan
Adam itu mencalar hatinya tapi segera dipujuk agar tidak terbawa-bawa dengan
perasaan sedih.
Nia seolah sudah dapat terbau ada sesuatu yang tidak
kena dengan Adam tapi segera dipadam pendapat negatifnya itu.
Selesai
majlis di Kampung Paya Jaras, Nia dan Adam berada di kampung sementara menunggu
majlis di pihak lelaki pula yang dijadualkan pada minggu berikutnya. Sepanjang
tempoh itu, hati Nia sentiasa berdebar-debar. Maklumlah pengantin baru maka
sudah tentu saat-saat awal perkahwinan merupakan saat-saat romantis bagi setiap
pasangan. Habis segala kepakaran yang ada dipraktikkan de menjamu sua yang baru
dinikahinya itu. Tersenyum panjang atuk, Mak Su dan A melihat telatah Nia yang
kelihatan masih kekok meladeni Adam.
Atuk dan Mak Su mengingatkan Nia agar membawa Adam
melawat saudara-mara. Memang tradisi bagi setiap pasangan yang baru berkahwin
untuk menziarahi saudara-mara
terutamanya mereka yang lebih tua.
Nia lantas
mengajak Adam dan Adam pula hanya menurut. Sepanjang perjalanan Nia saja yang
sibuk bersuara dan bertanya itu dan ini. Adam pula sepatah ditanya sepatah juga
yang dijawab. Acuh tidak acuh pula sehingga membuatkan Nia terasa hati.
Di rumah Mak Ngah Leha, mereka dijamu dengan masakan
kampong; gulai ikan masin dan sambal pucuk paku.
“Yaya, kamu lepas ni kena belajar masakan yang Adam
suka tahu? Tengok Adam tak laju makan makanan kampung. Nanti kamu besar setong,
Adam kurus kering. Kamu kena belajar masak makanan barat. Apa tu yang selalu
dalam tv tu? Chopstick? Chopstick? Daging berkuah tu… chopstick kan?”
Bergema
kekekan ketawa semua yang ada di dapur termasuk Adam dan Nia bila mendengar
kata-kata Mak Ngah Leha itu.
“Bukan chopstick
lah, mak. Itu beef steak. Kalau orang
makan chopstick jawabnya masuk ICU
tau mak,” jawab anak Mak Ngah Leha menambahkan lagi geli hati mereka.
Nia menjeling
Adam di sisi dan dilihatnya Adam juga turut tersenyum mendengar celoteh Mak
Ngah Leha. Jauh di sudut hati dia bersyukur kerana disangkanya ada sesuatu yang
tidak kena dengan Adam tetapi rupanya mungkin ada cara untuk menarik perhatian
lelaki itu.
Sebelum
pulang, pelbagai pesanan Mak Ngah Leha sisipkan untuk Nia. Ingatan agar dia
menjaga nama baik sua dan menjaga rumahtangga.
“Adam, jaga
elok-elok Yaya ni. Walaupun dia hanya
orang kampung, tapi kamu beruntung dapat dia. Baik hati, jujur, kalau menipu
memang jauh sekalilah Yaya ni. Kamu yang dipilihnya antara ramai-ramai calon.”
Mulut Mak Ngah terus berkata-kata.
“Eh, mana ada
ramai calon pun Mak Ngah,” jawab Nia dengan nada tersipu malu.
“Abang Adam,
Kak Yaya ni tak pandai menipu. Tapi kalau dia tipu senang je nak tahu sebab pipi dia jadi merah. Kan Kak Yaya, kan?” kata
Fatin, anak bongsu Mak Ngah.
Usikan Fatin
itu disambut deraian ketawa yang lain.
Hampir senja
barulah mereka pulang ke rumah. Terus Nia mengambilkan tuala untuk Adam tetapi dia
menjadi kekok untuk mengambil baju di dalam beg Adam kerana bimbang andai Adam
tidak suka barangnya disentuh. Bila ditanya tentang bajunya pantas Adam
menjawab biar dia ambil sendiri.
Malam itu
setelah selesai makan malam, Adam terus masuk ke bilik. Setelah habis
membersihkan dapur, Nia juga meminta diri untuk ke dalam bilik. Setibanya di
dalam bilik, Nia melihat Adam sudah tidur. Berdengkur pula tu. Nia memandang
raut Adam yang lena sambil tersenyum.
Ya Allah,
jadikanlah dia sua yang membahagiakan hidupku dan keluarga di dunia dan di
akhirat. An, bisik hatinya.
Hati Nia teringin untuk menyentuh wajah Adam. Tetapi
bimbang jika perbuatannya bisa mengejutkan tidur lelaki itu. Perasaan malu juga
bertalu-talu memandangkan Adam juga tidak pernah cuba mendekatinya sejak hari
pernikahan.
Pagi sebelum
mereka bertolak ke Ipoh untuk majlis di pihak lelaki pula, Nia mengajak Adam
berjalan-jalan keliling kampung. Mulanya Adam menolak tapi setelah Mak Su turut
mengusulkan maka Adam dengan berat hati menurut kehendak isterinya itu.
“Bila lagi
nak pusing-pusing kampung ni Adam? Boleh juga kenal-kenal dengan kawan-kawan
sekampung Yaya. Yaya ni ramai kawan, Adam.” Mak Su memberitahu sambil menjeling
pada Nia.
Nia membawa
Adam dan memperkenalkannya kepada Dilah. Tersipu-sipu Dilah bila Adam memandang
matanya.
“Handsomelah, Nia! Boleh jadi hero, ganti
Aaron Aziz,” bisik Dilah sambil tertunduk-tunduk memegang lengan baju Nia di
sebelahnya.
Aksi Dilah
itu membuatkan Nia malu di depan sua sendiri.
Bulat anak matanya melihat Adam di hadapan sambil menahan malu.
Dia sesungguhnya tidak mengharapkan wajah yang tampan.
Cukup sedap mata memandang. Namun apa yang paling penting adalah hatinya tenang
dan bahagia. Itu yang dia inginkan dari Adam.
Harrah's Ak-Chin Casino & Hotel, Phoenix - MJH Hub
ReplyDeleteHarrah's Ak-Chin Casino & Hotel. 3131 포천 출장안마 S Phoenix Dr. 부천 출장마사지 Phoenix, 부산광역 출장안마 AZ 85139. Phone: (520) 사천 출장마사지 725-7000. (480) 725-7000. Call Now · More Info. Hours, 삼척 출장마사지 Accepts Credit Cards, Wi-Fi, PokéStop