DEGUP jantung Nia bagaikan tiga kali ganda lebih laju dari biasa. Dia terintai-intai ke luar restoran melihat kalau-kalau ternampak kelibat Adam. Adam
telah menelefon dua hari yang lalu, mahu berjumpa dengannya. Setelah berbincang
ringkas, kedua-duanya bersetuju untuk berjumpa di Starbucks KLCC.
Adam muncul
tepat pada masa yang dijanjikan. Berbaju kemeja Polo berjalur biru dan merah
jambu dipadankan dengan jeans lusuh
langsung menampakkan sisi elegan Adam. Nia pula sekadar berblaus hijau polos
biasa dan berseluar coudoroy coklat
pekat. Rambutnya diikat tinggi ekor kuda.
“Lama
tunggu?” soal Adam memulakan bicara.
“Tak lah jugak.
Lebih kurang setengah jam,” jawab Nia jujur.
Adam angguk. Dia kemudiannya beredar untuk membeli
numan dan membiarkan Nia mencari tempat duduk.
Tidak sampaipun sepuluh minit, dia kembali di hadapan
Nia. numan untuk Nia diletak di hadapan gadis itu dan dia mengambil tempat
bertentangan dengan Nia.
Dipandang wajah gadis di depannya. Naif. Tapi tidak
dinafikan punya kecantikan yang asli. Wajah Nia yang tampak begitu muda dari
usianya entah mengapa menyebabkan Adam terasa superior pula.
“You ada boyfriend?” soal Adam perlahan sambil
matanya merenung tajam ke arah Nia.
Bulat mata Nia mendengar soalan itu. Tak sangka Adam
secara selamba akan menanya soalan sebegitu.
“Tak ada.”
“Tak pernah
ada atau tak ada? Teman istimewa? Atau pernah suka pada orang?” Bertalu-talu
soalan Adam kepada Nia.
“Hmmm… rasanya memang tak pernah ada
teman istimewa, kalau suka orang pun biasa-biasa saja.”
“Mak I dah
bagitahu segala-galanya pada you, kan?”
“Pasal kita
ke? Kalau pasal kita memang ya.”
“Kalau macam
tu, you tak kisah berkahwin dengan orang yang baru you kenali? Percaya pada arranged marriage?”
Kali ini Nia
diam sebentar. Nafas dihela sebelum menyusun kata.
“Saya menghormati dan mengagu Abang Adam. Keluarga saya juga mengenali mak dan ayah
Abang Adam. Dah lama saya dengar cerita pasal Abang Adam. Kalau benar apa yang
dikata aunty mengenai Abang Adam, saya tiada masalah untuk mengenali Abang Adam
dengan lebih mendalam.”
Apabila Adam
mendengar gadis di depannya menggelarkan dia dengan panggilan “abang”, terasa
meremang bulu romanya. Nia di matanya sekadar gadis kampung biasa yang tidak
terdedah pada kebebasan fikiran. Dengan senang bersetuju dengan usulan
perkahwinan walaupun sudah mengetahui lelaki yang bakal dikahwini menyintai
orang lain. Gadis naif yang percaya dia boleh merubah cinta seorang lelaki.
Perempuan
kolot! Getus Adam di dalam hati.
Perjumpaan itu berakhir dengan Adam memberitahu Nia
bahawa dia akan ke Amerika selama enam bulan atas urusan kerja.
SEBULAN selepas perjumpaan itu, ibu dan ayah Adam datang ke kampung
menyerahkan cincin merisik. Atuk, Mak
Su dan Ami tampaknya begitu gembira.
Mereka menetapkan agar majlis pertunangan dan perkahwinan dijalankan
serentak sekembalinya Adam dari Amerika.
Semenjak
perjumpaan di Starbucks dahulu, Nia beberapa kali memberanikan diri menghantar
sms kepada Adam. Walau kebanyakan sms tidak dibalas segera dan adakalanya
sehingga dua tiga hari baru menerima balasan. Nia beranggapan ianya kerana
kesibukan dan masa yang menghambat Adam. Ada juga sesekali Adam sendiri
menghantar sms bertanya secara ringkas
majlis mereka nanti. Tapi tidak pernah pula Adam bertelefon bertanya khabar.
Puan Aisyah
pula yang sering menghubungi Nia menceritakan kesibukan Adam di Amerika
menyelesaikan urusan perniagaan. Seringkali juga menokok tambah cerita kononnya
Adam juga berdebar menanti majlis perkahwinan mereka.
Kadang-kala
Nia mempersoalkan tindakan Adam yang seperti acuh tak acuh membaja perhubungan
mereka. Tapi dek kerana tiadanya pengalaman berkasih mahupun bercinta monyet,
Nia tidak dapat meneka adakah itu perkara biasa dalam sebuah perhubungan.
Mungkin Adam punya cara tersendiri, fikir Nia bagi
menyedapkan hati sendiri.
Hampir setiap
minggu Nia akan pulang ke kampung bila majlis perkahwinannya sudah hampir.
Setiap kali pulang pasti dia bertemu Dilah, rakan karibnya di kampung itu.
Dilah kini baru sahaja bertugas di
Sekolah Kebangsaan Jementah.
“Tak sangka, Yaya. Kau akan kahwin dengan
orang yang selalu kau cerita kat aku. Tak sangka… baru sekejap jumpa dah nak kahwin. Kau tak takut
kalau tak serasi lepas kahwin?” tanya Dilah.
“Mestilah aku
takut, Dilah. Tapi bila aku fikir balik, sebelum ni tak pernah hati aku nak
terbuka untuk terima mana-mana lelaki yang nak kawan dengan aku. Tapi bila
dengan Adam ni, aku rasa tenang. Aku percaya dia baik sebab emak dan ayahnya
baik. Tak pernah jemu melawat aku sekeluarga sejak emak abah aku meninggal,” jawab
Nia sambil matanya menerawang ke kaki Gunung Ledang nun jauh di hadapan.
“Lagipun atuk
dan Mak Su nampaknya sangat merestui perhubungan ni. Kau doakan aku bahagia
ya?“ sambung Nia lagi.
“Mestilah aku
doakan kau bahagia dunia akhirat… dapat anak ramai… tapi kau pun kena janji kat
aku, boleh?”
“Janji apa?”
“Kau kena
janji kenalkan aku dengan kawan-kawan sua kau nanti. Mesti dia ada ramai kawan
macam dia kan? Stok yang segar mata memandang
kat sini macam si Halim dengan Farhan
tu susah aku nak tackle, sebab
dua-dua tengah patah hati sebab kau dah
nak kahwin,” gurau Dilah menjemput derai tawa kedua-dua mereka.
“Yalah,
Dilah… aku janji. Kalau aku ada jumpa orang yang baik dan nak kenalkan dengan
sesiapa, pasti kau akan jadi keutamaan,” balas Nia disambut kekekan tawa mereka
berdua.
Di kampung, Nia dikenali
dengan sikapnya yang lembut dan periang. Gurau yang tidak sehebat mana lawaknya
pun pasti mengundang senyum dan tawa kecil gadis itu. Walau Nia cemerlang dalam
pelajaran tapi sifatnya yang merendah diri membuatkan ramai yang menyenanginya.
0 comments:
Post a Comment