NAJLA mengemas
meja kerjanya sebelum pulang ke rumah. Dia sedikit terlewat pada hari itu. Dia
perlu menyemak latihan pelajarnya agar tidak perlu dibawa pulang. Susah hendak
mengangkut banyak barang apabila menggunakan komuter nanti. Dan sudah pasti
ramai penumpang pada ketika itu.
Najla melirik jam di pergelangan tangan
kanannya. Sudah jam 5.50 petang. Dah rasa macam cikgu sesi sebelah petang pula.
Badan sudah terasa melekit. Tidak selesa.
“Dah nak balik, Cikgu Najla?”
Najla segera mengangkat pandang. Wajah Cikgu
Samsul terlayar di matanya.
“Ya, cikgu. Duk siap nak balik dah.”
“Okey. Hati-hati.” Cikgu lelaki itu terus
berlalu setelah memesan begitu. Sempat juga bibir Cikgu Samsul itu
menghadiahkan senyuman kepadanya.
Dia mengangguk walaupun lelaki itu tidak
melihatnya. Malas nak melayan lebih-lebih. Bukan dia tidak sedar yang Cikgu
Samsul itu ada hati dengannya. Tambah pula ramai cikgu-cikgu di sekolah itu
yang sering menjodohkan mereka berdua. Dia penat dengan karenah orang yang suka
sangat menjadi matchmaker ni. Tak
boleh tengok orang hidup sendirian kut?
Ada sahaja yang nak menyibuk.
Najla mengeluarkan tas tangannya yang berada
di dalam laci. Sesudah memastikan yang kesemua barangannya sudah cukup, dia
mula bangun dan bergerak dari situ.
Stesen komuter Petaling menjadi destinasinya.
Memang seperti yang dia jangka. Ramai orang yang menunggu di situ.
Dia
mengeluh.
Hampir
dua puluh minit menunggu, akhirnya kenderaan awam itu muncul. Berasak-asak
dirinya dengan penumpang yang lain untuk masuk ke dalam. Kalau hendak
mengharapkan ada tempat kosong, memang bertuahlah. Mustahil di waktu begitu dia
akan bernasib baik.
Najla
menyandar pada tiang besi sambil tangan memaut tali pemegang. Terkial-kial dia
mencapai tali tersebut di dalam keadaan yang bersesak begitu.
Tiba-tiba
lengannya terasa disentuh dari belakang. Dia sudah mula cuak. Namun akalnya
mula berfikir. Mungkin ada yang tidak sengaja tersentuhnya. Kepalanya digeleng
perlahan.
Namun
tidak sampaipun beberapa saat, sekali lagi lengannya itu disentuh. Kali ini
lebih erat. Seakan-akan ada tangan yang menggenggam anggotanya itu. Dia
mengeraskan diri di situ. Takut untuk berpaling.
“Najla...”
Kali ini namanya terasa dipanggil. Dia tersentak.
“It’s me...” Suara yang memanggil
sebentar tadi sudah terasa dekat benar dengan tubuhnya. Peluh sudah merinik di
dahi namun dia gagahkan diri juga untuk berpaling.
“Awak?”
balasnya terkejut.
Lelaki
itu tersenyum dan tidak menunggu lama, dia mula menarik nafas lega. Wajahnya
turut sama ikut senyum.
“Jumpa
lagi ya kita?” soalnya mesra.
Lelaki
itu mengangguk.
“Sorry saya tak perasan tadi awak yang...
err... sentuh lengan saya.”
“Sorry juga sebab saya dah buat macam
tu...”
Najla
mengangguk.
“Saya
panggil tadi sebab nak kasi tempat duduk saya kat awak. Tapi awak tak paling
pun... terpaksalah saya bangun.” Lelaki itu memberitahu.
“Tempat
duduk awak?” Najla cuba mengintai ke belakang lelaki itu. Tiadapun tempat
kosong.
“Dah
ada orang yang duduk.” Selamba lelaki itu menjawab.
Dia
tersenyum serba-salah. Disebabkan dirinya, lelaki itu kehilangan tempat duduk
malah dia sendiri kehilangan nasib baik.
“Kasihan
kat awak. Tak pasal-pasal kena berdiri.”
Dia
melihat lelaki itu menggeleng.
“Tak
apa. Saya dah lama duduk. Dari KL Sentral tadi lagi.” Mesra lelaki tampan itu
membalas. “Si kecik awak tak okey lagi?”
Sambil
mengetap bibir, Najla menjawab. “Belum. Saya tak tahu apa yang jadi kat dia
sekarang. Harap-harap kawan saya dah hantar ke workshop dah tadi.”
“I see...”
Kedua-dua
mereka terdiam. Masing-masing melayan perasaan.
Najla
berasa tidak selesa dengan keadaan mereka rapat begitu. Dengan tubuhnya yang
melekit bertambah pula kedudukan lelaki itu yang rapat berdiri di belakangnya.
Dia benar-benar tidak selesa. Jantungnya berdegup pantas. Dia tidak biasa
begini dengan lelaki yang tidak dikenalinya.
Mengingati
hal itu, Najla mula ingin menjadi penyibuk. “Saya perlu panggil awak apa ye?”
soalnya. Dia mengerling sedikit ke bahunya untuk melihat lelaki itu.
“Deo.
Just call me Deo.”
“Deo?
Deodorant?”
Lelaki
itu tertawa kuat. Langsung tidak mempedulikan penumpang lain yang sejak dari
tadi asyik memandangnya. Mungkin dia sudah biasa dengan perhatian orang.
Mungkin dia sudah lali dengan pandangan orang terhadapnya.
“Lawaklah
awak ni, Najla. Tak kanlah my parents
nak letak nama anak mereka macam tu kut?”
balas lelaki itu mesra. Wajahnya tetap ceria. Masih kemas dan bersih kalau
hendak dibandingkan dengan Najla yang sudah berserabut itu.
Najla
hanya tersengih. Lucu juga apabila mengenangkan yang dia menyoal tidak logik
begitu.
“Just call me that and believe me...
deodorant is not my real name.”
Lagi
bertambah malu Najla apabila Deo berkata begitu. Sudah menjadi bahan perli
pula. Aduh! Terimalah nasib apabila bercakap tanpa berfikir. Itulah jadinya.
Dia
hanya diam sahaja selepas itu. Tidak lagi menyoal atau berbual dengan Deo. Jadi
malu apabila mengenangkan yang dirinya sudah terlanjur kata. Malah Deo
sendiripun tidak bersuara lebih. Hanya diam berdiri di belakangnya. Hanya tubuh
itu yang terasa dekat dengan tubuhnya.
CADEO hanya
duduk santai di ruang tamu rumahnya. Malam itu dia malas hendak keluar ke
kelab. Bukan tidak ada yang mengajak namun dia sendiri yang tidak mempunyai
mood untuk keluar. Lebih santai duduk menonton di rumah. Malah makan malamnya
hanya satu set sandwich dan air
mineral. Cukup untuknya melapik perut sehingga esok hari.
Rancangan
yang terlayar pada televisyen di hadapannya langsung tidak menjadikannya kusyuk
untuk menonton. Fikirannya menerawang ke lain. Dari pagi wajah Najla yang
terlayar di matanya. Nak fokus pada kerja di pejabat juga menjadi susah. Sudah
beberapa kali dia dikejutkan oleh Alice, pembantu peribadinya itu dari lamunan.
Malu juga dibuatnya apabila ketua yang selama ini sangat dedikasi dan fokus di
dalam pejabat sudah kelihatan angau begitu.
Angau?
Benar
ke aku angaukan Najla? Benar ke apa yang aku rasakan ini disebabkan angaukan
gadis itu?
Kepalanya
digeleng berkali-kali. Dia tidak mahu disebabkan rasa terujanya berkenalan
dengan gadis Melayu itu membuatkannya hilang fokus.
Bercinta
atau berkahwin tidak termasuk di dalam misi hidupnya. Apa yang dia perlukan
adalah duit, duit dan duit. Dia perlu kekayaan sebagai jaminan masa depannya
dan keluarga. Dan andai satu masa nanti apabila dia memerlukan teman, dia boleh
memilih sesiapa sahaja yang dia berkenan untuk dijadikan perempuan simpanan.
Tiada masalah! Malah dia tahu ramai yang sudi untuk berdampingan dengannya.
Dia
mungkin terpesona dengan wajah dan cara Najla kerana rata-rata wanita yang dia
kenali, tidak ada yang sama seperti gadis itu. Masing-masing yang menghulur
tangan semuanya jenis yang ‘senang’ diperolehi. Dia tidak suka begitu. Dia
tidak suka sesuatu yang tiada cabaran. Malah dia tidak suka dengan mereka yang
‘plastik’ dan tidak ikhlas untuk bersamanya.
Bagi
Cameo, hanya dia yang layak memilih dengan siapa dirinya akan berkawan dan
berhubungan. Kuasa di tangannya. Andai dia mahu, dia mesti mendapatkannya walau
dengan apa cara sekalipun.
Andai
suatu hari nanti Najla yang dia inginkan, dia akan memastikan gadis Melayu itu
jatuh ke tangannya juga. Biar apa jua halangan, dia akan tetap mendapat gadis
itu. Biar masa yang menentukan.
deodorant se hensem n sado seperti abg deo.. Najla pass kat zara je la abg sado keh. Haha
ReplyDeletehahahah Najla nak dapat tu pun susah tau
ReplyDeleteAlah ye ke.. Kne berusaha sedaya upaya sepenuh hati dan jiwa ni. Hahahahha
ReplyDeletehaha, tak kenal susah dah kenal pun susah nie. lain mcm je si deo nie....takut....hehe
ReplyDeletebest.
ReplyDeleteZara - heheh chaiyok
ReplyDeleteRozita - betul betul
Baby Mio - tq
Deodorant yg hemsem ye...
ReplyDeleteheheheh deodorant
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGelak besar saya membacanya...ada ke sebut deodorant...mujur x sebut nama lain....hahaha
ReplyDelete