NAJLA
buat endah tidak endah sahaja dengan teman yang sedang bercakap bak bertih
jagung itu. Bla bla bla... Tak berhenti sejak dari tadi.
“Kau
dengar kan aku cakap ni Naj? Kau macam buat derk
je?” Yana mengetuk mejanya kuat dengan pen merah yang sedang dipegangnya.
Matanya sempat mengerling kiri kanan bilik guru tersebut. Jangan ada yang
memandangnya pelik, sudahlah.
“Dengar...”
Meleret Najla menjawab. Malas hendak melayan lebih-lebih. Tak habis-habis si Yana
itu hendak mencarikan jodoh untuknya. Dia bukannya tua sangat pun. Baru 30
tahun. Biasalah tu.
“Kau
setuju kan aku nak kenalkan kau dengan sepupu suami aku tu?”
“Yana...
please...” Bibirnya diketap. Geram
dengan Yana yang langsung tidak henti mendesaknya.
“Aku
tak pandang semua tu, Yana. Aku tak laparkan harta orang.” Najla membalas. Dia
perlu mempertahankan pendiriannya.
Sesungguhnya
dia tidak perlukan wang ringgit orang lain untuknya hidup senang. Dia
sendiripun bukannya hidup melarat pun. Bekerjaya sebagai seorang guru, cukup
untuknya menampung kehidupan hariannya. Malah rumah dan juga kereta pun dia
tidak bayar ansuran bulanan. Kedua-duanya pemberian keluarga untuknya. Jadi,
dia tiada komitmen untuk setiap bulan.
"Ya
aku tahu hidup kau dah sedia cukup serba-serbi. Tapi kau kena fikir pasal teman
hidup jugak , Naj. Sampai bila kau nak sendirian macam ni? Sakit demam kau nak
tanggung sorang-sorang? Fikir diri kau sama, Naj." Suara Yana perlahan
sahaja. Risau risau guru-guru lain terdengar perbualan sensitifnya dengan Najla
itu. Perasaan temannya itu perlu juga dijaga.
"Aku
boleh jaga diri aku sendiri..."
Yana
mengeluh. Bercakap dengan Najla sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Untuk tujuan
yang baik pun susah. Huh!
"Betul
Allah yang tentukan. Tapi kita kena usaha juga, Naj."
"Mungkin
bukan jodoh aku dengan Cadeo, Yana..."
"Kenapa
kau tak pernah nak bagi peluang untuk kau dengan Cadeo, Naj?"
Najla
hanya terdiam. Tidak membalas.
"Sebab
dia bukan Islam? Sebab dia bukan sebangsa dengan kita?"
Najla
mengangkat pula bahunya.
"Huh
Naj! Kalau sebab tu kau menolak Cadeo mentah-mentah... kau memang tak guna akal
kau tu betul-betul, Naj." Yana mengeluh hampa. "Kau tengok aku dengan
Iman sekarang... bahagia. Malah Iman sendiri yang banyak bimbing dan
memperingati aku pasal agama Islam. Sedangkan aku ini sah-sah lahir sebagai
seorang Melayu... Islam."
"Aku
takut Cadeo tak sekuat Iman..." Najla membalas perlahan.
"Jangan
judge orang macam tu, Naj. Ya aku
tahu kita disuruh menjadi orang yang beriman dan dapat membimbing kita. Tapi
kita tak boleh nak tuduh atau nak jatuh hukum kat orang lain. Entah-entah orang
tu lagi baik dari kita ni..."
Najla
memandang temannya di hadapan.
"Entahlah,
Yana. Tengoklah nanti macam mana. Kalau ada jodoh aku dengan dia atau
sesiapapun, aku harap sangat semuanya berjalan secara kebetulan atau spontan.
Aku tak nak nanti... aku atau dia terpaksa menerima bila diatur-atur. Aku harap
kau faham."
Yana
tidak membalas awalnya. Namun tidak lama kemudian, dia mengangguk perlahan.
Menghormati permintaan temannya itu.
"Ye
lah, Naj. Maafkan aku sebab dah desak kau tadi. Aku cuma nak kau bahagia dan
berpasangan macam orang lain. Aku sayangkan kau. Kau dah macam keluarga aku
sendiri."
"Terima
kasih, Yana. Aku tahu kau nak kan yang terbaik untuk aku. Aku pun harap satu
hari nanti aku akan bahagia macam kau." Najla mengukir senyum. Tidak lama,
temannya itu membalas dengan perbuatan yang sama.
Bes la permulaan cite ni. Agak2 ade tak gambar cadeo tu. Wondering ni. Nme dah cm org thailand. Hihi
ReplyDeleteterima kasih zara kerana sudi membaca cerita ni. :) andai zara ikuti cerita ni nanti, zara akan mengerti kenapa nama cadeo itu begitu :)
ReplyDeletehuh ada post dlm FB tak ?? bolh tau nama nya jd senang mengitoti dr FB aje nti
ReplyDeleteada... cari atas nama Wan Sufia dan Penerbitan BesQ ya
ReplyDeleteMcm mana nak order novel ni dan siapa nak dihubungi??
ReplyDeleteDh bace separuh, best gile 😍
ReplyDeletebleh thu bile nk buat jd drama mcm crte" Adam & hawa". X sabar no tgk Cadeo real dlm tv? 😘🐻
Alhamdulillah sis suka. Terima kasih sis. Doakan yang terbaik untuk kami ya :)
ReplyDelete