“Rian, nampak Jabbar tak?” soalnya kepada salah seorang pekerja
Arkitek Muqrish.
“Encik Jabbar kat pantri, Encik Noah.”
Noah mengangguk seraya melangkah terus ke pantri. Kelihatan Jabbar
sedang membuat milo panas dan menjamu biskut yang ada di pantri itu.
“Jab...” seru Noah.
Jabbar mengangkat wajahnya bila terdengar namanya diseru.
“Nak?” tanya Jabbar seraya mengangkat muk yang
berisi milo panas itu.
Kali ini Noah menggeleng. Kerusi ditarik, lalu duduk mengadap
Jabbar. “No, thanks.”
“Apa hal?”
“Betul ke kau kenal perempuan kat bawah tu?”
Jabbar mengangguk malas. Dia mengambil tempat duduk berhadapan
dengan Noah.
“Tapi kenapa dia tak kenal kau?”
Jabbar terdiam. Dia tidak menyalahkan wanita itu kerana tidak
mengingati siapa dirinya. Cuma nanti, dia akan pastikan wanita itu akan
teringat kembali siapa dia.
“She’s not your ex-girlfriend, right?” soal Noah ingin tahu.
“Kenapa kau tanya?”
“Sebab aku tak kenal perempuan tu.”
Jabbar tersenyum nipis. Milo panas itu dihirup perlahan. Dia pasti
Noah tahu kisah silamnya. Siapa teman wanitanya yang terdahulu. Mereka berkawan
baik dari sekolah rendah sehinggalah kini.
“But I know her,” jawab Jabbar perlahan.
“Kau suka dia?”
“Siapa?”
“Wan Aisya.”
Oh... nama dia Wan Aisya rupanya, detik hati
Jabbar. Namun semakin galak dia tersenyum sehingga gelak kecil kedengaran.
“Soalan kau tu kelakar.”
“I’m serious, Jab.”
“Why you want to know?”
“Sebab kau dah mula nak berahsia. Kalau kau suka dia, aku takkan
ambil dia bekerja kat sini walau kelulusan dia bagus sekalipun.”
“Wait...” Wajah Jabbar berubah.
“Kau tak boleh nak buat keputusan macam tu. Ni antara aku dengan
dia. Memang betul aku kenal dia tapi dia tak kenal aku. So, stop being ridiculous!”
“I’m not being ridiculous. I just want you to be professional!” balas Noah kembali.
Dia mahu Jabbar mengambil serius perkara ini. Wan Aisya bakal
ditemuduga dan jika keputusan menyebelahi wanita itu, Wan Aisya akan bekerja di
firma mereka. Dia tidak mahu nanti akan ada desas-desus mengenai hubungan
Jabbar dengan wanita itu.
Mungkin benar, Wan Aisya tidak tahu apa-apa. Tetapi dia kenal
siapa Jabbar Muqrish. Lelaki itu tidak akan berminat ambil tahu jika sesuatu
perkara itu tiada kaitan dengan Jabbar.
“I will. Don’t worry. Aku tahu apa nak buat nanti.” Jabbar
membalas dengan selamba. Walaupun dia sendiri ada perancangan lain untuk Aisya.
Lama Noah memandang Jabbar. Jawapan lelaki itu tidak
meyakinkannya.
“Don’t forget to wear your coat. Ada tak ni?”
“Ada. Kat dalam bilik aku.”
“Good.”
Noah bangkit lalu memulakan langkahnya. Namun kakinya terhenti di
pintu pantri itu. Dia kembali berpaling ke arah Jabbar yang masih santai
menikmati biskut kering.
“Tinggal lima belas minit lagi, Jab. Jangan sampai lewat,” pesan
Noah sebelum berlalu pergi.
Jabbar menghirup milo panasnya yang tinggal sedikit saja lagi itu.
Matanya masih tertunak pada pintu pantri walaupun kelibat Noah sudah tiada
lagi. Dengan perlahan, bibirnya menampakkan segaris senyuman.
Wan Aisya... Hatinya menyeru lembut.
Wanita itu akan menjadi PAnya nanti tak kira apapun. Itu
keputusannya. Noah atau Hud tak boleh menghalangnya dari membuat keputusan. Muk
yang berisi milo panas itu diletakkan di atas meja. Kepala menjengul keluar
bilik pantri. Wajah Fatiya dicari.
“Tiya ada?” tanyanya pada salah seorang pekerja.
“Ada, Encik Jabbar.”
“Panggil dia sekejap.”
“Okey. Sekejap ya, Encik Jabbar.”
Dia hanya mengangguk seraya kembali mengambil muk yang diletakkan
di atas meja tadi. Sebelum sesi temuduga bermula, ada satu perkara yang perlu
dia lakukan.
“Encik Jabbar cari saya?” Muncul Fatiya bersama perut yang
membulat.
“Ya... urmm... awak handle candidates yang nak ditemuduga ke?”
“Ha'ah. Nak list out dulu siapa yang layak ditemuduga
sebelum sesi bermula.”
Jabbar menggaru dagu yang tak gatal. Betul ke tidak tindakan dia
ni? Tapi kalau dia biarkan, bimbang pula jika Aisya tidak termasuk dalam
senarai.
“Ada calon yang nama Wan Aisya. Saya nak dia calon pertama yang
ditemuduga. Layak atau tak, saya nak dia ditemuduga,” putus Jabbar. Dia sedar
wajah Fatiya kelihatan pelik melihatnya.
“Ni arahan daripada Noah jugak. That girl, nampak sangat nak cari kerja. Dia
datang lebih awal sebelum sesi bermula. Kalau dia tersenarai untuk ditemuduga,
sekurang-kurangnya berbaloi dia datang sini. And at the same time, we want to know
what she's capable of,” jelasnya lagi seraya menyebut nama Noah sekali agar Fatiya
tidak berfikir yang bukan-bukan kenapa dia beria sangat nak Wan Aisya
ditemuduga.
“Wow... that's very generous of you, Encik
Jabbar. Ni yang sayang sangat dengan Arkitek Muqrish,” puji Fatiya
bersama gurauan. Bos-bos di Arkitek Muqrish memang berhati mulia.
“Saya ingat awak nak kata, awak sayangkan saya,” balas Jabbar
bersama gurauan juga.
Bulat bebola mata Fatiya memandangnya. “Ha ha ha... saya lebih sayangkan suami saya, Encik Jabbar.”
“Bagus. Kekal setia sampai bila-bila walaupun saya tahu saya lebih
handsome.”
Tawa besar kedengaran dari bibir Fatiya. “Melampau tau, Encik
Jabbar ni. Dahlah, saya nak kerja.”
“Thanks, Tiya,” laung Jabbar ketika Fatiya sudah mengatur
langkah pergi meninggalkan bilik pantri.
Tangan wanita itu naik mengisyaratkan O.K kepadanya.
Yes! Sorak Jabbar di dalam hati. Rancangannya berjaya dengan mudah
sekali.
TANGAN Aisya berpeluh. Tidak lama lagi, dia akan masuk ke bilik
temuduga. Memandangkan pekerja Arkitek Muqrish memberitahu, dia adalah peserta
pertama yang akan ditemuduga.
Dia semakin tidak senang duduk bila dapat tahu lelaki yang bernama
Noah itu adalah pemilik Arkitek Muqrish ini. Dan rakan kongsi lelaki itu adalah
Jabbar; lelaki yang mengaku mengenali dirinya. Mata dipejam seketika, cuba
mengingati kembali wajah lelaki itu. Ternyata, jawapan tetap sama. Dia tidak
kenal siapa Jabbar.
“Puan Wan Aisya?”
“Ya saya,” sahut Aisya bila namanya dipanggil.
“Puan boleh masuk sekarang.”
Aisya mengangguk seraya berdiri. “Terima kasih.”
Lafaz Bismillah mengalun di bibir. Berharap debaran yang dia
rasakan ketika ini, berkurangan.
Sebaik saja masuk ke dalam bilik temuduga itu, kelihatan Noah,
Jabbar dan seorang lagi lelaki yang berpakaian kemas sudahpun menunggu
kedatangannya.
Aisya menelan liur bila matanya bertaut dengan sepasang mata Jabbar.
Knitted
beanie sudah tidak kelihatan lagi. Manakala baju jeans yang terpasang di tubuh lelaki itu
juga sudah bertukar menjadi kot.
“Assalamualaikum dan selamat pagi.” Dengan berhati-hati Aisya
membuka bicara.
Ketiga-tiga manusia di hadapannya itu menjawab salam dan ucapan
selamat paginya itu hampir serentak.
“Silakan duduk.”
“Terima kasih.”
Seperti biasa, soalan asas yang selalu ditanya ketika temuduga
adalah pengenalan diri. Sebelum Aisya memperkenalkan dirinya, dia menarik nafas
dalam. Terasa berdebar kerana lelaki yang bernama Jabbar itu merenungnya seolah
dia melakukan kesalahan.
Ketika Aisya hendak memberitahu tentang statusnya, tiba-tiba
Jabbar mencelah.
“Status... married?” Kening Jabbar terjongket bila membaca
status yang tertulis di borang itu. Bermakna, Aisya masih isteri orang.
“Ya, encik.” Dengan penuh yakin Aisya menjawab.
“Dah berapa lama berkahwin?”
Noah melirik ke arah Jabbar. Dia tidak menyangka lelaki itu
berminat hendak tahu tentang hal peribadi Aisya.
“Lima tahun.” Pendek saja Aisya menjawab.
“Dah ada berapa orang anak?”
“Seorang.”
Bicara Jabbar terhenti. Matanya tepat memandang Aisya. Wanita itu menunduk
seolah tidak berani memandangnya.
“Puan Aisya tahu kan yang kami memerlukan PA? Your qualification tak bersesuaian dengan jawatan ni.
Sedangkan Puan Aisya berkelulusan dalam bidang marketing.” Hud bersuara setelah Jabbar
terdiam.
“Saya tahu encik. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk belajar.
Insya-Allah, saya akan patuhi ketua saya dan saya akan buat apa saja yang ketua
saya suruh,” jawab Aisya.
Dia tahu kelulusannya tidak bersesuaian dengan jawatan yang ditawarkan
oleh Arkitek Muqrish tetapi dia sekadar ingin mencuba nasib. Sudah
bermacam-macam temuduga yang dihadirinya tetapi keputusan masih belum
menyebelahinya. Alasan mereka, dia tidak mempunyai pengalaman walaupun dia mempunyai
kelulusan.
Macam mana nak ada pengalaman kalau orang sepertinya tidak diberi
peluang untuk menimba pengalaman itu?
Kening Jabbar berkerut memandang Aisya. Wanita itu benar-benar
kelihatan terdesak hendak bekerja.
“Betul Puan Aisya sanggup buat apa saja?” soal Jabbar pula setelah
mendiamkan diri untuk seketika.
Soalan Jabbar itu membuatkan Aisya menggigit bibir. Kenapa dia
merasakan soalan Jabbar itu seolah ada maksud yang tertentu?
“Insya-Allah sanggup, encik.”
Bibir Jabbar hampir saja melakar senyuman dengan penuh makna bila
mendengar jawapan Aisya itu. “Good!” ucapnya puas hati.
Dia mendekati Noah lalu berbisik sesuatu pada lelaki itu, “I have no more questions.”
Selebihnya, Jabbar hanya menjadi pemerhati. Aisya kelihatan
bersungguh-sungguh menjawab soalan yang dilontarkan oleh Noah dan Hud.
Dia sedikit terkejut bila melihat Aisya sudahpun berdiri. Ternyata
dia terleka sehingga tidak sedar yang sesi menemuduga Aisya sudah ke
penghujung.
“Are we done now?” soalnya kepada Noah.
“Yes.”
“Puan Aisya... thank you so much for your interest in seeking
employment with our firm. Kami akan beri maklum balas dalam masa
terdekat ni.” Hud bersuara.
“Terima kasih, encik.” Aisya menundukkan sedikit kepalanya tanda
hormat sebelum melangkah pergi meninggalkan bilik itu.
Jabbar sedikit cemas bila Aisya keluar dari bilik temuduga itu.
Dia ingin sekali bercakap sepatah dua dengan wanita itu. “Give me a break. Kalau korang nak teruskan, go ahead. I’ll be right back.”
“Jab...” panggil Noah. Geram dengan tindakan Jabbar itu.
“Just give me five minutes, Noah,” putus Jabbar seraya keluar dari
bilik itu.
Kakinya laju melangkah mencari Aisya. Bila melihat wanita itu
sudah berada di luar firma mereka, semakin laju langkahnya. Dari berjalan, dia
sudah mula berlari.
“Aisya!” laung Jabbar.
Aisya menoleh. Bulat matanya bila melihat Jabbar semakin
mendekatinya. “Er... ya? Ada apa, encik?”
“Kenapa you nak kerja?”
“Saya dah bagitahu tadi, saya nak cari pengalaman serta...”
“I tak rasa itu sebab utama,” pintas Jabbar.
Aisya terdiam. Sebab utama adalah untuk dia membiayai kehidupannya
bersama Afliq nanti setelah segala-galanya terbongkar.
“How’s your son?”
Berubah wajah Aisya. Macam mana Jabbar tahu anak dia adalah
lelaki?
“Macam mana encik...”
“As I said, I know who you are. And I’ll make sure that you will
remember me after this. See you soon, Aisya.”
Tanpa menunggu jawapan Aisya, dia meninggalkan wanita itu.
Geramnya masih ada untuk Aisya. Sehingga kini wanita itu masih tidak mengingatinya.
Tak mengapa... sampai masa nanti, Aisya akan tahu siapa dirinya.
0 comments:
Post a Comment