Bab 3 : Love Starts After Nikah | Ikmal Mahrip


CERMIN mata di atas meja dicapai pantas. Kekusyukkan Harith mengadap komputer tidak mengendahkan lagi perkara lain sebaik saja bangun dari tidur sebentar tadi. Matanya tercari-cari video yang menarik di laman Youtube. Hatinya masih terasa tidak puas. Rakaman semalam ingin ditontonnya kembali. Sudah agak lama hatinya tidak berbunga sebegini dengan hanya melihat kecantikan dan kemerduan suara seorang perempuan di laman tersebut. Dalam hati ada taman. Inikah yang dinamakan cinta?
                Video tersebut dijumpainya lalu terus memuat turun rakaman itu yang pada mulanya telah hilang kerana tersilap mendelete video di dalam simpanannya.
Dia kembali ceria. Dari dulu lagi dia mengikuti perkembangan gadis tersebut. Cuma sekarang agak berkurangan kerana sudah tidak banyak video yang dimuat naikkan oleh perempuan tersebut. Selesai. Rakaman yang dimuat turun sebentar tadi terus dibuka.
Kepalanya diangguk-angguk mengikut rentak lagu yang dinyanyikan. Matanya tidak jemu memandang kecantikan wajah pemilik suara tersebut. Memang banyak video gadis itu menjadi simpanannya.
                “Harith!”
                “Ye mama?” Harith tidak memandang ibunya, Tengku Haslinah yang muncul di balik pintu bilik.
                “Sampai bila kamu nak menatap laptop kamu tu? Kamu tak nak pergi kerja ke? Dah lambat ni, sayang. Nanti papa marah pulak.”
                “Nanti Harith pergi lah,” jawabnya bersahaja.
                Haslinah melihat baju yang terlekat di tubuh anaknya. Lantas dia menggeleng apabila melihat anaknya masih memakai baju semalam. “Kamu belum mandi lagi ke? Papa dah lama tunggu tu. Nanti kalau papa marah kamu mama tak nak tolong. Kalau kamu tak nak kena marah baik cepat pergi siap lepas tu turun sarapan.” 
                Kemudian suara itu menghilang. Harith tahu yang ibunya sudahpun turun ke bawah. Namun dia masih lagi memerhati wajah di dalam skrin laptopnya.
                “Siapalah awak ni, ya? Comel sangat. Kalaulah awak ada berdekatan dengan saya sekarang dah lama saya masuk meminang awak.”
Selesai menonton Harith perlahan menuju ke bilik air. Dia mula bersiap dan kemudian turun bersarapan bersama ibu dan ayahnya.
                Dia merupakan anak sulung kepada Tengku Haslina dan Tengku Halim. Umurnya baru mencecah 26 tahun dan berstatus bujang. Ibunya sudah beberapa kali telah mencalonkan Harith dengan beberapa orang gadis tetapi ditolak mentah. Dia tidak berminat dengan calon yang dibawa oleh ibunya itu.
‘Ini semua poyo, nak kikis harta aje.’ Itulah ungkapan yang sering terbit di hatinya.
                Kaki laju menuruni anak tangga. Segak sekali dirinya yang berbaju kemeja putih dan mengenakan tali leher biru air laut. Memang ada ciri-ciri seorang pemimpin. Ditambah pula dengan cermin mata.
                “Harith, cepat sikit! Kita dah lambat ni. Nanti ada mesyuarat dengan ahli perniagaan dari Australia tu. Peluang ni kita tak boleh nak lepaskan macam tu aje. Papa tunggu kamu dalam kereta.” Tengku Halim lantas bangkit dari meja makan yang berhadapan dengan Tengku Haslinah.
Kemudian Harith duduk di kerusi di mana tempat ayahnya duduk sebentar tadi.
                “Kamu nak makan apa?”
                “Nak minum aje mama.”
                “Kenapa tak makan? Nah makan sikit roti ni.” Tengku Haslinah menghulurkan roti bakar berinti jem strawberi kepada anaknya.
                “Tak apalah, mama. Harith dah kenyang tengok video tadi.”
                “Hish... pelik betullah kamu ni. Tak pernah dibuat orang tengok video boleh kenyang. Nantilah mama suruh Pak Abu hantarkan makanan untuk kamu ya?”
Harith hanya mengangguk dan menghirup air susu dengan perlahan.
                “Oh, petang nanti Datin Mariam nak datang dengan anak perempuan dia. Kamu balik awal ya nanti?”
                “Tak nak lah mama. Mama batalkan ajelah apa-apa temu janji dengan mana-mana anak datin, anak tengku, anak dato’ hari ni. Harith tak minat.” Cepat sahaja Harith menjawab. “Okeylah, ma... Harith pergi dulu nanti papa marah pula tunggu lama.”
Harith cepat-cepat bersalaman dengan ibunya yang sudah menggeleng kegeraman.
               
“TENGKU.”
                Lantas Harith menoleh ke arah empunya suara. Dia yang baru saja menapak masuk ke dalam pejabat itu sudah dipanggil di awal pagi. Zura, seorang gadis yang tidak kurang juga penampilannya dan merangkap pembantu peribadi kepadanya.
                “Ya Zura, ada apa?”
                “Sebelum saya terlupa petang nanti Tengku ada appointment dengan Datuk Sidek berkenaan dengan pembangunan di Shah Alam tu,” tutur Zura sambil merujuk pada buku diari di tangannya.
                “Okey, itu aje ke?”
                “Ya, Tengku.”
                “Sebelum tu saya nak tanya... Zamri dah masuk kerja?”
                “Hari ni dia tak masuk kerja. Dia kata dia kena pergi hospital.”
                “Hospital? Dia sakit ke?”
                “Entahlah, Tengku. Dia tak bagi tahu saya pun.”
                “Baiklah. Saya masuk ke dalam dulu.”
Harith terus menapak masuk ke dalam biliknya. Briefcase di tangan dicampakkan ke atas meja. Lantas dia mengeluh perlahan sebaik saja duduk sambil memejamkan matanya.
                Memang bosan kalau hidup bersendirian macam ni. Kan seronok kalau ada kekasih boleh keluar dating. Ni tak... hari-hari dating dengan datuk-datuk. Lelaki pula tu.
Bukan tak ada yang berminat dengannya. Cuma semua perempuan yang dilihatnya terlalu menonjolkan diri. Dia mahu mencari seorang yang lain dari yang lain.
                Dia sukakan cabaran. Dia tidak mahu perempuan yang mendekati dirinya kerana dia mahu memulakan langkah itu.
                Usianya pun semakin hari semakin menua.
Di mana aku nak mencari perempuan sebegitu di KL ni? Yang ada pun semua tak boleh pakai. Miskin!

Mana tidak dia menggelar perempuan yang ada semuanya miskin, tengok saja pada pakaian mereka yang seolah tidak cukup kain. Berbelah sana sini. Dia nak yang kaya. Kayanya itu bukannya bermaksud kaya dengan harta. Kaya dengan auratnya tertutup.
Share on Google Plus

About Unknown

Bermutu : Efisyen : Sistematik : Q(K)ualiti
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment