"SYA, nak ke mana?” tegur
Mak Jah tatkala terlihat Elisya di muka pintu.
Elisya
yang mendengar menghentikan langkah. Dihalakan mata ke wajah Mak Jah.
“Nak
ke mana? Kaki Sya kan tak baik lagi,” tanya Mak Jah sambil melangkah
menghampiri Elisya di muka pintu rumah.
“Err…” Elisya termati kata-kata.
“Nak
ke mana?” ulang Mak Jah lagi.
“Sya…
Sya… Sya nak ke rumah Hamidah,” beritahu Elisya tersekat-sekat.
“Rumah
Hamidah?” Mak Jah berkerut dahi.
Elisya
mengangguk perlahan. Dia sudah pun berjanji dengan Hamidah malam tadi untuk ke
suatu tempat.
“Kaki
Sya kan tak baik lagi. Macam mana nak ke rumah Hamidah?” tegur Mak Jah seraya
memandang ke kaki Elisya yang berbalut.
“Dah
kurang sikit, Mak Jah. Sya dah boleh berjalan,” balas Elisya penuh yakin.
“Mak
Jah tak rasa yang kaki Sya dah baik. Mak Jah perasan cara jalan Sya tadi. Kaki
Sya belum baik lagi tu,” tukas Mak Jah seraya menggeleng.
Elisya
terkedu. Ada benarnya kata-kata Mak Jah itu. Memang kakinya belum baik
sepenuhnya. Demi janjinya kepada Hamidah, dia terpaksa melawan kesakitan di
kaki.
“Sya
dah janji dengan Hamidah nak ke rumah dia.”
“Tapi
Mak Jah risau. Kalau jadi apa-apa pada Sya nanti, apa Mak Jah nak beritahu pada
mama dan papa Sya? Mereka dah amanahkan Mak Jah jaga Sya sementara Sya di
sini.”
Elisya
serba salah. Wajah tua Mak Jah ditatap seketika.
“Tak
apa. Nanti Sya beritahu pada mama dan papa.”
“Penting
sangat ke nak ke rumah Hamidah tu?” tanya Mak Jah ingin tahu.
“Sya
dah janji dengan Hamidah. Janji tak boleh tak ditepati. Munafik!”
Mak
Jah menghela nafas ringan. Dia memandang wajah Elisya yang beriak tenang.
“Sekejap
Mak Jah panggilkan Daus. Minta Daus temankan Sya ke rumah Hamidah,” ujar Mak
Jah lalu beredar dari situ.
“Mak
Jah!” Panggil Elisya.
Namun
kelibat Mak Jah sudah menghilang di sebalik pintu. Keluhan berat dilepaskan.
Bagaimana reaksi Firdaus nanti? Pasti pemuda itu semakin membencinya.
FIRDAUS mendengus kasar.
Sakit hatinya tatkala dipaksa oleh ibunya. Rancangan untuk ke pekan menonton
wayang bersama Alif terpaksa dibatalkan. Kalau bukan disebabkan ibunya, tidak
ingin dia membawa sekali gus menemani Elisya ke rumah Hamidah. Gadis itu sering
sahaja menyusahkannya.
“Awak…”
panggil Elisya, lembut.
Firdaus
tidak membalas. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduan. Tidak
diendahkan Elisya di sisi yang sedang memandang ke arahnya.
“Awak
turunkan saya di sini sajalah. Saya boleh jalan kaki ke rumah Hamidah.” Suara
Elisya bernada arahan. Wajah Firdaus ditatap buat seketika.
Firdaus
masih lagi membisu. Dikerling jam di dashboard
buat seketika. Masa baru merangkak ke pukul 10.30 pagi.
“Awak
turunkan saya di sini saja,” arah Elisya lagi.
“Kau
boleh diam tak? Dah cukup bagus aku bawa kau ke sana. Jangan nak banyak bunyi pulak,” tegur Firdaus bernada keras.
Tajam matanya ke wajah Elisya.
Elisya
terkejut. Dia menunduk memandang tangan sendiri. Kecut perutnya melihat wajah
tegang Firdaus. Malah bahasa yang digunakan oleh Firdaus agak kasar di
pendengarannya.
“Menyusahkan!
Kalau sehari tak menyusahkan tak boleh agaknya,” rengus Firdaus pula.
Elisya
mengangkat wajah. Rasa sebu mendengar kata-kata Firdaus. Adakah kehadirannya
menyusahkan Firdaus sekeluarga?
“Kalau
awak tak ikhlas nak tolong, awak turunkan saya di depan tu!” Tegas Elisya.
Sungguh,
dia tidak mahu mendengar rungutan Firdaus lagi. Lelaki itu tidak ikhlas setiap
kali disuruh.
“Berlagak!”
Cebik Firdaus meluat.
“Awak
turunkan saya sekarang!” Arah Elisya bernada tegas.
“Kau
ni memang berlagak. Dari sekolah sampai sekarang, kau tak pernah berubah.
Berlagak! Bodoh sombong!” Kutuk Firdaus bernada geram.
“Apa
masalah awak, Firdaus? Kenapa awak nak kutuk saya macam tu sekali? Apa salah
saya pada awak?” tanya Elisya bertubi-tubi. Tajam matanya ke wajah selamba
Firdaus.
Firdaus
menghentikan kereta di bahu jalan. Dihalakan mata ke wajah Elisya yang beriak
tegang. Senyuman sinis diberikan kepada gadis itu.
“Apa
salah saya pada awak? Apa yang saya dah buat sehinggakan awak begitu membenci
saya?” soal Elisya lagi.
“Kau
nak tahu apa salah kau?” tanya Firdaus sinis.
“Saya
tak pernah sakitkan hati awak. Kenapa awak sakitkan hati saya?” suara Elisya
sebak. Kenapa Firdaus bersikap begitu terhadapnya?
“Kau
dah hancurkan kebahagiaan aku!” Lantang Firdaus.
Terhenjut
tubuh Elisya mendengarnya. Apa maksud Firdaus?
“Kau
boleh keluar dari kereta aku sekarang!” Arah Firdaus meninggi.
“Apa
maksud awak, Firdaus? Saya hancurkan kebahagiaan awak? Kebahagiaan apa yang
awak maksudkan?” soal Elisya ingin tahu. Kenapa Firdaus menuduhnya sebegitu?
“Kau
keluar dari kereta aku sekarang! Aku benci tengok muka kau!” Marah Firdaus
pula.
Elisya
memandang sayu wajah tegang Firdaus. Dipejamkan mata buat seketika. Mencari
kekuatan untuk berhadapan dengan kebencian Firdaus.
“Kau
menungkan apa lagi? Keluar sekarang!” Arah Firdaus berserta dengusan kasar.
Elisya
membisu. Perlahan-lahan daun pintu ditolak lalu keluar dari kereta. Matanya
memandang kelibat kereta Firdaus yang sudah menjauh.
“Apa
maksud awak, Fir?” soal Elisya sendirian.
“AIR.” Hamidah menghulur
segelas minuman.
“Terima
kasih,” ucap Elisya.
“Awak
datang naik apa?” tanya Hamidah sambil melabuhkan duduk.
Elisya
meneguk air minuman. Setelah itu, gelas diletakkan di atas meja.
“Farah
hantar,” bohong Elisya.
“Oh!
Kenapa tak ajak sekali Farah masuk?”
“Farah
nak cepat. Ada kerja.”
Hamidah
mengangguk. Wajah Elisya dipandang seketika.
“Boleh
kita pergi sekarang?” tanya Elisya tidak sabar.
“Sekejap
lagi kita ke sana. Berpeluh-peluh saya tengok awak ni, Sya. Macam orang berlari
pun ada juga,” tegur Hamidah sambil memerhati Elisya.
Elisya
terkedu. Dicapai tisu dari kotak lalu mengelap peluh yang membasahi dahi.
Kepenatan akibat berjalan turut sama dirasai. Tidak dihiraukan kesakitan di
kaki. Apa yang penting, keinginannya tercapai.
“Awak
dah beritahu Pak Harun?” tanya Elisya kemudian.
“Dah!
Pak Harun benarkan kita ke kebun dia,” balas Hamidah sambil mengangguk.
“Dah
lama saya tak makan buah rambutan. Teringin sangat.” Elisya teruja.
Hamidah
tersenyum. Riak teruja Elisya ditatap seketika.
“Awak
beritahu Mak Jah yang kita nak ke kebun Pak Harun?”
“Tak!
Saya just beritahu yang saya nak ke
rumah awak.”
“Tak
apalah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya tak adalah orang tua tu risau kalau
awak hilang ke apa,” kata Hamidah sekadar bergurau. Seminit kemudian, dia
ketawa.
Elisya
turut sama ketawa. Kepala menggeleng perlahan.
“Jomlah
kita pergi,” ajak Hamidah lalu bangun dari duduk.
Elisya
mengangguk. Dia turut sama bangun dari duduk. Tidak sabar untuk ke kebun Pak
Harun. Rasa teruja ketika ini.
“Saya
pergi ambil plastik sekejap. Awak tunggu kat luar,” arah Hamidah.
Elisya
tidak membalas. Dia melangkah perlahan menuju ke muka pintu rumah. Kesakitan di
kaki mulai terasa.
“Elisya!”
panggil Hamidah.
Elisya
menghentikan langkah. Dia memandang ke wajah Hamidah.
“Kaki
awak!” Unjuk Hamidah.
Elisya
berkerut dahi. Kenapa dengan kakinya? Diintai kakinya buat seketika. Tidak ada
apa-apa dengan kakinya itu.
“Kaki
awak lebam,” beritahu Hamidah seraya menghampiri Elisya.
Elisya
masih lagi memandang kaki sendiri.
“Mari
saya tengok kaki awak tu,” minta Hamidah.
Ditarik
tubuh Elisya supaya duduk di kerusi. Kaki Elisya diperhati penuh minat.
“Dah
kebiruan kaki awak ni, Sya. Awak tak rasa sakit ke? Jangan-jangan awak ke sini
tadi berjalan kaki tak?” tebak Hamidah seraya memandang ke wajah Elisya.
Elisya
menelan liur. Apa jawapan yang harus diberikan kepada Hamidah?
“Awak
bohong saya, Elisya,” duga Hamidah.
“Maafkan
saya, Midah. Mulanya Firdaus yang hantar saya tetapi kami bergaduh kecil. Jadi
dia….”
“Tinggalkan
awak di tepi jalan?”
“Saya
yang minta dia turunkan saya di tepi jalan. Awak jangan salahkan dia.”
“Firdaus
dah melampau!” Geram Hamidah sambil mengepal tangan.
“Saya
pun salah juga, Midah,” ujar Elisya.
“Firdaus
tak boleh salahkan awak atas apa yang berlaku dulu,” suara Hamidah lalu
menggeleng. Dia yakin Firdaus masih menyalahkan Elisya atas apa yang berlaku
dahulu.
Elisya
berkerut dahi. Apa maksud Hamidah?
“Perkara
dah lama. Bukan salah awak seratus peratus,” beritahu Hamidah lagi.
“Apa
maksud awak, Hamidah?” tanya Elisya ingin tahu.
Sejak
dari hari itu lagi Hamidah berkata begitu. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa
Hamidah tidak berterus-terang sahaja? Perkara apa yang cuba disembunyikan oleh
Hamidah?
“Saya
ambilkan minyak untuk awak,” balas Hamidah bingkas bangun dari duduk.
“Sekejap
Hamidah! Apa maksud awak dengan kata-kata awak tadi? Kenapa saya dipersalahkan
dalam soal Firdaus? Firdaus juga menuduh saya menghancurkan kebahagiaan dia.
Kebahagiaan apa yang dimaksudkan oleh Firdaus?” soal Elisya bertubi-tubi.
Sungguh,
hatinya tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang berlaku kepada Firdaus? Kenapa
Firdaus menuduhnya sebegitu? Penat otaknya berfikir. Hanya kepada Hamidah untuk
dia mengetahui segala-galanya.
“Saya
tak pasti, Elisya,” kata Hamidah berlalu dari situ.
Elisya
hanya memandang. Keluhan berat dilepaskan. Bagaimana untuk dia mengetahui
perkara yang sebenar?
“Alif!”
Sebut Elisya tatkala teringatkan tentang pemuda itu.
0 comments:
Post a Comment